saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 17/01/2008

Kasihnya Balqis lagu paling sukar buat Aishah


Aishah.


JIKA kita berbicara tentang Anugerah Juara Lagu (AJL), nama Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin pasti tidak akan terlepas kerana kehebatan persembahannya di pentas itu.

Pasti ramai yang mengingati persembahannya dengan menjinjing beg pakaian berjenama Louis Vuitton (LV) menerusi lagu Janji Manismu pada tahun 1990.

Lagu berkenaan yang dicipta oleh Adam Ahmad dan liriknya oleh Aishah sendiri telah diangkat sebagai Juara Lagu dan terus meletakkan Aishah antara penyanyi wanita terbaik negara.

Lima tahun kemudian, dia bertanding lagi di pentas AJL dengan membawakan lagu Cinta Beralih Arah, ciptaan Jari dan lirik oleh Habsah Hassan. Lagu itu telah dinobatkan sebagai Juara Lagu, juara kategori Balada dan Persembahan Terbaik untuk Aishah.

Tahun ini, namanya kembali menjadi sebutan tatkala lagu dendangannya, Kasihnya Balqis berjaya melangkah ke peringkat akhir AJL22 dalam kategori Etnik Kreatif yang bakal berlangsung 27 Januari ini.

Untuk kategori itu, pemilik vokal hebat ini akan bersaing dengan dua penyanyi yang juga memiliki vokal mantap, iaitu Nora dan Ramlah Ram yang masing-masing akan membawakan lagu Samudera dan Dirgahayu.

Pertama kali bertanding dalam kategori Etnik Kreatif, Aishah, nama yang tidak asing lagi dengan AJL memberitahu, Kasihnya Balqis adalah lagu yang cukup sukar dan mencabar vokalnya.

“Ini merupakan lagu yang paling susah saya nak bawa (nyanyi). Bayangkan, lagunya bernada tinggi dan bahagian korusnya memerlukan saya menyanyi secara berterusan tanpa henti.

“Saya cuma mengharapkan agar kesihatan saya berada dalam keadaan yang baik dan berdoa agar tiada apa-apa buruk yang berlaku kepada saya menjelang AJL nanti,” katanya sewaktu ditemui di rakaman Prelude Kemuncak AIM15 di Planet Hollywood, Isnin lalu.

Tambahnya, dia begitu takut apa yang terjadi pada dirinya sewaktu menyampaikan lagu Kasihnya Balqis pada peringkat separuh akhir dulu.

Rezeki

“Ketika itu hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa siksanya saya membawakan lagu itu dalam keadaan yang tidak mengizinkan. Tetapi, sudah rezeki lagu itu, lagu itu berjaya juga ke peringkat akhir. Sudah pasti, saya akan membuat persembahan yang terbaik dan mampu menghiburkan peminat saya dan penonton AJL nanti,” kata Aishah.

Bercerita tentang lagu Kasihnya Balqis yang dimuatkan dalam albumnya berjudul Kurnia itu, Aishah memberitahu, dia telah pun berbincang dengan komposer dan penulis lirik lagu berkenaan, Adnan Abu Hassan dan Mohariz Yaakop.

“Setakat ini, corak persembahan sudah difikirkan dan mengenai susunan lagu, saya tidak fikir Adnan akan mengubahnya kerana dia mahu saya menyanyi seperti mana nada lagu asalnya yang sememangnya cukup tinggi. Semput saya dibuatnya,” ujarnya ketawa.

Kekuatan lagu tersebut, tambahnya, terletak pada melodinya yang menepati ciri-ciri etnik seperti yang telah ditetapkan mengikut kategorinya.

“Kalau diamati betul-betul, Kasihnya Balqis mempunyai elemen lagu Arab, Melayu dan juga unsur-unsur muzik Afrika yang diletakkan pada bahagian yang berbeza.

“Liriknya pula lebih kepada unsur ketuhanan yang menceritakan tentang kisah Nabi Sulaiman dengan Puteri Balqis yang akhirnya membuka hatinya untuk memeluk Islam,” kata Aishah yang pernah menerima trofi Vokal Wanita Terbaik AIM 95 menerusi album Klasik.

Bukan itu sahaja, kata Aishah, bukan mudah bagi penyanyi senior sepertinya kembali bertanding dalam pentas berprestij itu.

“Ini kerana saya perlu akur dengan peredaran masa. Dulu, saya bertanding, penonton AJL berbeza berbanding dengan penonton hari ini. Jadi, selepas 13 tahun, saya perlu menyakinkan penonton dan peminat generasi baru menerusi lagu nyanyian saya,” ujarnya optimistik.

Dua kali memegang gelaran juara, tidakkah dia mengharapkan untuk memegangnya buat kali ketiga tahun ini?

“Saya tidak mahu membebankan diri dan fikiran saya untuk memenangi pertandingan ini. Jika kita terlalu fikirkan perkara itu, ia akan membuatkan otak dan badan kita menjadi penat dan akhirnya, mampu jejaskan persembahan kita kelak.

“Bukan semua penyanyi ada kekuatan mental apabila menyertai pertandingan nyanyian. Saya juga akui debaran dan gementar itu perkara biasa untuk setiap artis dan saya juga tidak terkecuali,” jelas ibu kepada dua cahaya mata itu lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.