saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 17/01/2008

Adik ipar ADUN ditemui mati

KLANG 16 Jan. – Adik ipar kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Datuk Zakaria Md. Deros ditemui mati di dalam bilik rumahnya Kampung Idaman, Pendamaran, di sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusuf berkata, ketika kejadian mangsa, Fathil Ahmad, 45, dipercayai berseorangan di rumahnya manakala isterinya, Saodah Md. Deros keluar menghantar tiga daripada empat anaknya ke sekolah.

Seorang lagi anak mangsa, Abdul Rahman Fathil, 22, tiada di rumah tersebut semasa kejadian itu.

Katanya, kematian mangsa, seorang pemandu kren di Pelabuhan Barat disedari oleh isterinya kira-kira pukul 7.30 pagi apabila mangsa tidak membuka pintu rumahnya setelah diketuk beberapa kali.

“Keadaan itu menimbulkan syak isterinya yang kemudian ternampak mangsa dari sebuah tingkap bilik rumah mereka.

“Bagaimanapun, hasil siasatan awal mendapati tiada tanda-tanda rumah mangsa dipecah masuk atau penglibatan pihak ketiga dalam kejadian itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Siasatan

Tambah Mohamad, ketika ini pihaknya sedang menyiasat punca sebenar kejadian tersebut dan jenazah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk dibedah siasat.

Sementara itu, Zakaria ketika ditemui di HTAR hari ini memberitahu bahawa kejadian itu telah mengejutkan beliau kerana mangsa tidak pernah mempunyai masalah serta bermusuhan dengan mana-mana pihak.

Katanya, mangsa juga seorang yang bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap isteri serta anak-anak.

“Mangsa merupakan seorang pendiam dan tidak pernah menceritakan apa-apa masalah kepada saya selama ini.

“Bagaimanapun, kejadian ini seolah-olah tidak dapat diterima oleh pihak keluarga kerana beliau merupakan seorang yang baik serta sentiasa menolong saya terutamanya dalam majlis-majlis anjuran saya atau UMNO Pelabuhan Klang,” ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.