saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 19/01/2008

Siaran langsung 8TV, Faizal digantung 3 bulan

KUALA LUMPUR 18 Jan. – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menggantung rancangan-rancangan siaran langsung dan tertunda berbentuk hiburan di stesen 8TV selama tiga bulan berkuat kuasa 15 Januari lalu.

Keputusan itu dibuat selepas 8TV gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan semasa konsert siaran langsung ulang tahun keempat stesen televisyen (TV) itu yang menyaksikan artis Faizal Tahir menyanyi tanpa memakai baju.

Selaras dengan keputusan itu, SKMM juga ‘mengharamkan’ penyanyi terbabit mengadakan persembahan secara langsung di stesen-stesen TV swasta lain juga selama tiga bulan mulai tarikh yang sama.

Ini bermakna, Faizal terpaksa melupakan hasratnya untuk muncul membawakan dua lagunya yang layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 22 (AJL 22) terbitan stesen TV3 yang akan disiarkan secara langsung pada 27 Januari ini.

Pengarah Jabatan Komunikasi Koporat SKMM, Muhamad Tahir Muhamad Noor berkata, ini merupakan kali pertama pihaknya mengenakan tindakan seumpama itu ke atas sebuah stesen TV sebagai suatu hukuman bagi mengelak insiden seumpamanya berulang pada masa depan.

“Sepatutnya 8TV menyediakan ruang selama dua minit misalnya, untuk membuat persediaan atau penapisan sebelum program itu disiarkan secara langsung.

“Sudahlah tidak mematuhi arahan itu, malah mereka memfokuskan pula kamera kepada Faizal yang ketika itu sengaja membuka bajunya ketika menyanyi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Keputusan itu bermakna 8TV perlu menghentikan semua rancangan hiburannya yang disiarkan secara langsung menerusi stesen tersebut.

Sementara itu, jurucakap 8TV berkata, stesen berkenaan akan mematuhi arahan tersebut yang diterima menerusi surat siaran media SKMM.

“Konsert siaran langsung rancangan TV realiti, One In A Million siaran malam ini akan dipancarkan secara langsung.

“Mulai minggu depan, rancangan itu akan dirakamkan terlebih dahulu sebelum ia disiarkan di kaca TV. Sementara itu, kami juga akan menangguhkan siaran langsung rancangan-rancangan seperti American Idol 7 dan Project Superstar 3,” ujar jurucakap itu lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.