saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 19/01/2008

KAFA tubuh akademi bola sepak bawah 13

KOTA BHARU – Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) akan menubuhkan akademi bola sepak khusus bagi melatih dan menonjolkan bakat semulajadi pemain bawah 13 tahun negeri ini lapor TARMIZI ABDUL RAHIM.

Akademi yang akan diwujudkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Chengal itu bakal menempatkan 30 pelajar turut menyediakan kemudahan biasiswa pengajian.

Presiden KAFA, Datuk Seri Annuar Musa berkata, selain mendapat pendidikan formal, pelajar akan turut dilatih oleh jurulatih bola sepak bertauliah yang menekankan aspek kemahiran penguasaan taktikal dan strategi permainan.

Menurut beliau, ia merupakan kesinambungan daripada program Kijang Emas di sekolah rendah yang dikendalikan oleh Jabatan Pelajaran negeri bagi mencungkil bakat pemain bola sepak muda negeri ini.

“Pasukan ini akan digilap sepenuhnya bagi mewakili negeri ke Kejohanan Bolasepak bawah 14 tahun anjuran Nike dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

“Mereka yang berpotensi juga akan diserapkan pasukan Belia KAFA sebelum menyertai pasukan Piala Presiden dan pasukan utama negeri,” katanya ketika pelancaran Liga Bolasepak Piala Presiden KAFA di sini semalam. malam tadi.

Kejohanan itu yang akan bermula bulan Mac ini dijangka akan berakhir pada Mei depan dan melibatkan 10 ahli gabungan KAFA.

Pada majlis sama juga, Annuar juga menyampaikan bantuan sebanyak RM30,000 kepada setiap persatuan bolasepak jajahan terlibat sebagai persediaan untuk menganjurkan perlawanan peringkat jajahan.

Semalam juga, KAFA turut memperkenalkan Piala Kijang Emas untuk pemain bawah 12 tahun dan Piala Kijang Muda untuk pemain bawah 21 tahun sebagai salah satu perancangan jangka masa panjang KAFA untuk mengembalikan semula kegemilangan bola sepak Kelantan.

“Kita tidak akan berpeluk tubuh dan kita percaya dengan komitmen tinggi, Kelantan akan kembali menjuarai pelbagai kejohanan,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.