saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 20/01/2008

Isteri Suhaili sedar dari koma

KOTA KINABALU 19 Jan. Isteri Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman, yang koma selepas menjalani rawatan dan pembedahan kecantikan wajah di sebuah klinik swasta di Klang pada minggu lalu, sudah mula sedar tengah hari ini.

Fatimah Wan Chik, 44, dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Gleneagles Intan, di Ampang, Selangor, setelah tidak sedarkan diri semasa pembedahan itu dilakukan.

Bagaimanapun Suhaili memberitahu, walaupun sudah sedar pada tengah hari ini tetapi pihak hospital tidak membenarkan isterinya dibawa keluar.

"Alhamdulillah, isteri saya beransur pulih, tetapi pihak hospital masih belum memberitahu punca isteri saya koma," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Minggu lalu, Fatimah didapati tidak sedarkan diri ketika menjalani terapi kosmetik di klinik tersebut dan keadaan itu menyebabkan beliau dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sebelum dipindahkan ke pusat perubatan itu.

Suhaili berkata, beliau dan keluarganya tidak bercadang untuk membuat laporan polis terhadap klinik tersebut kerana perkara itu bukan disebabkan oleh kecuaian mereka.

Katanya, klinik itu mempunyai kepakaran dalam bidang rawatan kecantikan dan kejadian tersebut merupakan satu insiden yang berlaku secara kebetulan.

Beliau turut meminta pihak tertentu supaya tidak membuat spekulasi berhubung insiden itu yang mengatakan keadaan isterinya akan menjejaskan persediaannya dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

Menurutnya, isu itu tidak timbul sama sekali kerana perkara yang perlu diutamakan ialah amanah dan tanggungjawab yang diberi untuk memajukan Labuan.

Ditanya adakah beliau akan berusaha mengekalkan kerusinya di Labuan, Suhaili memberitahu, ia terpulang kepada pucuk pimpinan.

"Terpulang kepada keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tetapi saya akan terus bekerja seperti biasa," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.