saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 21/01/2008

Keluarga yakin Ringgo dianiaya

KUALA LUMPUR 20 Jan. – Keluarga Sham Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ringgo yakin pemain dram kumpulan Fotograf itu tidak terlibat dalam sebarang kegiatan penyalahgunaan dan pengedaran dadah.

Keyakinan itu adalah berdasarkan rekod bersih Ringgo daripada kes dadah selama ini.

Alasan mereka, sepanjang bersama Fotograf yang popular dengan lagu Di Alam Fana Cinta dan Kau Ucap Selamat Tinggal sekitar hujung 1980-an dan awal 1990-an, Ringgo tidak pernah ditahan polis sama ada sebagai pengedar atau penagih dadah.

Bagi menambahkan keyakinan bahawa Ringgo tidak pernah ditahan atas apa pun kesalahan berkaitan dadah, bapanya, Ahmad Yunos, 75, menjelaskan:

“Selepas kemerosotan populariti Fotograf pada hujung 1990-an, Sham menceburi bidang lukisan dengan menjadi pelukis tetap di Kompleks Kraf (di Jalan Conlay, Kuala Lumpur).

“Sejak itu, Sham juga selalu ikut rombongan misi pelancongan anjuran sebuah agensi kerajaan ke luar negara sama ada untuk bermain muzik atau mempamerkan lukisan.

“Kami yakin dia benar-benar dianiaya lelaki rakyat Malaysia itu yang sedang diburu polis selepas kami buat laporan baru-baru ini.”

Ahmad bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut kerana usaha membantu Ringgo kini diuruskan oleh seorang lagi anaknya, Suhaimi.

“Apa yang saya hendak beritahu, kami yakin Sham tak bersalah. Kami harap ada pihak bantu kami. Tolonglah... kami tidak mampu membiayai urusan kes dia di mahkamah negara itu.

“Saya kasihan isteri saya, sepanjang masa dia menangis teringatkan Sham. Ketika tidur pun dia selalu terjaga kerana mimpikan Sham, lepas itu isteri saya akan menangis tak henti-henti,” kata pesara Radio Televisyen Malaysia (RTM) itu.

Ringgo bernikah ketika berusia 28 tahun dengan seorang wanita berumur 19 tahun pada 1993 tetapi mereka bercerai pada April 1997. Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Shafiqe, yang kini berusia 14 tahun dan tinggal bersama ibunya.

Ketika bersama kumpulan Fotograf, selain penyanyi utama, Shamrin, Ringgo begitu popular di kalangan peminat dan selepas itu dia pernah menjadi komposer bagi kumpulan V-Shape.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.