saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 23/01/2008

Catatan penting Juara Lagu

TAHUN ini, Anugerah Juara Lagu (AJL) terbitan TV3 meraikan ulang tahun ke-22 penganjurannya. Sepanjang penerbitannya, AJL menyaksikan pelbagai catatan menarik yang mungkin membuatkan ramai daripada kita yang terlupa.

Berikut beberapa catatan yang wajar diketahui mengenai AJL.

* Datuk Ahmad Merican, (ketika itu Pengurus Rancangan TV3) merupakan perintis kepada program Muzik-Muzik yang mula disiarkan pada hari Ahad 2 Mac 1986, pukul 8.30 malam.

* Pada peringkat awal penganjuran Juara Lagu sehingga tahun 1991, orang awam diberi mandat memilih calon lagu menerusi akhbar harian tempatan untuk mengundi lagu yang layak menjadi juara bulanan yang layak ke peringkat akhir.

* Mulai tahun 1992, format Juara Lagu telah diubah sepenuhnya apabila buat pertama kalinya, TV3 memperkenalkan format pembahagian lagu mengikut kategori iaitu Irama Malaysia, Pop Kreatif dan Rock.

* M. Nasir menjadi komposer pertama yang memenangi AJL sebanyak tiga kali iaitu menerusi lagu Tanya Sama Itu Hud Hud pada tahun 1997, Ghazal Untuk Rabiah (1997) dan Andalusia (1999).

* Penulis lirik tersohor, Habsah Hassan merupakan penulis lirik yang paling banyak dicalonkan dalam AJL. Dia memenangi AJL sebanyak dua kali iaitu menerusi lagu Menaruh Harapan (1987) dan Cinta Beralih Arah (1995).

* Penyanyi bersuara mantap, Aishah merupakan penyanyi pertama yang memenangi AJL lebih daripada sekali iaitu pada tahun 1990 menerusi lagu Janji Manismu dan lima tahun berikutnya, untuk lagu Cinta Beralih Arah. Kemudian, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza mengikut jejak langkah penyanyi itu apabila berjaya menjuarai AJL sebanyak tiga kali iaitu Jerat Percintaan (1996), Cindai (1998) dan Balqis (2000).

* Anugerah Persembahan Terbaik pertama kali dimenangi oleh kumpulan Alleycats menerusi lagu Sampaikan Salam Cintaku pada tahun 1996.

* Lagu Sinaran ciptaan Azlan Abu Hassan yang dinyanyikan oleh Sheila Majid terkandas di peringkat separuh akhir pada tahun 1987. Sejak daripada itu, lagu dendangan Sheila Majid tidak lagi dicalonkan untuk AJL.

* Anugerah Vokal Terbaik yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 2002 menyaksikan penyanyi bersuara gemersik, Liza Hanim memenanginya menerusi lagu Gelisah Mimpi. Misha Omar pula menangi anugerah tersebut sebanyak dua kali berturut-turut menerusi lagu Bunga-Bunga Cinta dan Pulangkan pada tahun 2003 dan 2004.

* Hazami pula menjadi penyanyi lelaki pertama yang dinobatkan sebagai Vokal Terbaik menerusi lagu Kata pada tahun 2006.

* Siti Nurhaliza menjadi artis yang paling kerap layak ke AJL bermula dari tahun 1996 sehingga 2003. Bilangan lagu yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza adalah paling banyak iaitu sebanyak 17 buah lagu.

* Artis bukan Melayu yang berjaya ke peringkat akhir adalah Alleycats pada tahun 1986 dan 1987), Ben Nathan (1988), Francesca Peter (1986, 1987, 1988), Vince (2004) dan Jaclyn Victor (2005 dan 2008).

* Hanya tiga saja penyanyi veteran yang pernah menyertai AJL iaitu Allahyarham Rosiah Chik, Datuk M. Daud Kilau dan Aspalela Abdullah.

* Penyanyi Indonesia, Endang S. Taurina merupakan satu-satunya penyanyi luar negara yang pernah bertanding di AJL menerusi lagu Sangkar Emas pada tahun 1991.

* Band yang paling kerap menyertai AJL adalah Exists iaitu sebanyak empat kali dengan dua vokalis berbeza iaitu Mamat dan Ezad menerusi lagu Untukmu Ibu (1992), Anugerah (1994), Julia (2002) dan Percayakan Siti (2004).

* Buat pertama kalinya pada tahun 1998, pasangan adik-beradik bertanding dalam AJL iaitu Ziana Zain dan Anuar Zain masing-masing menerusi lagu Puncak Kasih dan Bila Resah.

* Siti Nurhaliza mencipta rekod tersendiri apabila memenangi Persembahan Terbaik sebanyak lima kali iaitu Jerat Percintaan (1996), Aku Cinta Padamu (1997), Ya Maulai (2001), Nirmala (2002) dan Ku Milikmu (2004).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.