saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 23/01/2008

Haidar berang tingkah laku Choo Keong

KUALA LUMPUR 22 Jan. – Pengerusi Suruhanjaya Siasatan Diraja, Tan Sri Haidar Mohamed Noor naik berang dengan tingkah- laku peguam, Wee Choo Keong yang berdegil mahu berhujah walaupun dilarang berbuat demikian.

Pertikaman lidah antara peguam itu dan Haidar turut dicelah oleh Ahli Suruhanjaya, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong yang menjelaskan persoalan yang dibangkit oleh Choo Keong.

Choo Keong yang mewakili V.K. Thirunama - adik lelaki peguam Datuk V.K. Lingam, mahu berhujah mengenai pendirian berhubung skop terma-terma rujukan suruhanjaya itu.

Sebelum Choo Keong berdiri untuk berhujah, suruhanjaya telah mendengar hujah peguam John Fan yang membantu Choo Keong dalam prosiding itu.

Haidar: “Adakah awak juga mahu berhujah? Bukankah John Fan telah berhujah bagi pihak saksi?’’

Choo Keong: “Dia hanya berhujah mengenai satu isu. Saya ada beberapa perkara lain yang perlu dikemukakan.’’

Haidar: “Kami yang membuat keputusan di sini.’’

Choo Keong: “Saya mahu tahu keputusannya.’’

Steve Shim: “Kami telah membaca kenyataan anak guam kamu. Kami akan beri keputusan kelak. Ada beberapa perenggan yang kami terima dan selebihnya ditolak. Awak hanya boleh berhujah mengenai perenggan yang diterima. Giliran awak akan tiba nanti.’’

Pada ketika itu, Choo Keong cuba mengemukakan hujahnya tetapi dengan nada yang keras, Haidar melarangnya berbuat demikian.

Choo Keong tetap berdegil dan Haidar berkata: “Jangan membantah, awak dengar cakap saya. Kami akan beri awak peluang. Tolong duduk.”

Peguam itu yang kelihatan tidak berpuas hati akhirnya duduk dan dilihat berbisik-bisik dengan peguam pembantunya.

Galeri awam pula terdiam mendengar kekerasan suara Haidar yang menengking Choo Keong supaya kembali duduk.

Suasana panas itu kembali tenang apabila peguam M. Puravelan bingkas mengemukakan hujahnya dengan memberitahu, beliau akan berhujah tentang perkara baru.

“Saya ada perkara baru,” katanya disambut gelak ketawa di galeri awam.

Kata-katanya dibalas sinis oleh Ahli Suruhanjaya, Datuk Mahadev Shankar bahawa jemputan untuk berhujah bukan kesempatan oleh peguam mengutarakan perkara yang tidak sepatutnya.

“Anak guam kamu membuat kenyataan penuh skandal dan kamu mahu kemuka di sini supaya disiar dan dibicarakan melalui akhbar,” katanya.

Puravelan menjawab, beliau tidak menyatakan bahawa skop terma- terma rujukan adalah terhad dan beliau menyokong pendirian oleh Robert Lazar yang mewakili Badan Peguam Malaysia.

“Seperti yang saya katakan tadi, ia adalah sesuatu yang baru,” ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.