saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 23/01/2008

Kerajaan umum kaedah pastikan bekalan cukup, harga stabil

23/01/2008 7:03pm

PUTRAJAYA 23 Jan. - Kerajaan hari ini mengumumkan dua mekanisme iaitu pewujudan Stok Simpanan Kebangsaan dan Pusat Panggilan Kebangsaan bagi memastikan bekalan barangan keperluan di negara ini mencukupi dengan harga yang stabil.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata kedua-dua mekanisme itu akan diwujudkan di bawah Majlis Harga Negara bagi menjaga kepentingan rakyat ekoran kenaikan harga minyak dunia.

Stok Simpanan Kebangsaan itu akan berperanan menyimpan barang-barang keperluan yang tertentu agar ia boleh diagihkan kepada rakyat ketika bekalan di pasaran tidak mencukupi, katanya kepada para pemberita di kediamannya di Sri Satria, di sini.

Beliau berkata Majlis Harga Negara, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, akan menentukan kelak jenis barang keperluan yang perlu disimpan oleh kerajaan.

Sebagai contoh, ketika negara menghadapi masalah kekurangan bekalan minyak masak seperti yang dialami baru-baru ini, Stok Simpanan Kebangsaan boleh membantu mengatasi masalah itu. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.