saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 24/01/2008

Ramalan Mahathir iktiraf kepimpinan Abdullah


Mahathir Mohamad.


MELAKA 23 Jan. - Ramalan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Barisan Nasional (BN) akan menang besar dalam pilihan raya umum ke-12 merupakan satu pengiktirafan kepada kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kenyataan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri itu memberi petunjuk keyakinan beliau terhadap penggantinya itu.

''Bukan senang Tun nak bagi komen. Biasa dia senyap. Kalau dia sudah komen (mengenai kemenangan BN), itu petanda yang baik.

''Komen Tun ini memberi petanda yang besar ertinya. Tanda keyakinan Tun kepada kepimpinan Pak Lah," katanya.

Mohd. Ali yang juga Ketua Menteri Melaka menyatakan demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di pejabatnya di sini hari ini.

Semalam, Dr. Mahathir meramalkan kerajaan BN akan menang besar pada pilihan raya umum ke-12 yang kian hampir.

Menurut beliau, ia tidak dapat disangkal lagi bahawa BN akan meraih majoriti undi terbesar hasil sokongan para pengundi yang percaya dengan kemampuan kerajaan mentadbir negara.

Kata Dr. Mahathir, sekarang merupakan waktu paling sesuai untuk mengadakan pilihan raya memandangkan situasi ekonomi kini stabil meskipun berdepan dengan masalah kenaikan harga barang.

Sementara itu, Mohd. Ali turut menyokong saranan Abdullah agar rakyat terus memberi mandat kepada BN pada pilihan raya umum akan datang.

Ini kerana, jelas beliau, BN sememangnya telah terbukti mampu mentadbir dan memajukan negara termasuk di negeri Melaka.

''Mandat patut diberikan kepada BN. Pembangkang tak pernah buat apa-apa pun melainkan menafikan pembangunan yang kerajaan buat,'' katanya.

Sambil merujuk manifesto Pas yang mahu mewujudkan negara kebajikan, beliau berkata, parti tersebut hanya bercakap dari segi politik tanpa mengambil kira aspek ekonomi.

''OPEC (Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum) dan Amerika pun tak boleh turunkan harga minyak, mereka (Pas) nak turunkan? Minyak apa dia nak turunkan? Minyak gamat?'' kata beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.