saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 24/01/2008

Pakar cari pendekatan stabil harga barang

PUTRAJAYA 23 Jan. - Kumpulan Pakar Majlis Harga Negara yang ditubuhkan hari ini berperanan utama untuk mencari pendekatan menstabilkan harga barangan di pasaran, selain memastikan inflasi tidak meningkat sehingga menjejaskan kuasa beli rakyat.

Sehubungan itu, Ketuanya, Datuk Dr. Kamal Salleh berkata, pihaknya akan melihat secara mendalam struktur semasa pasaran tempatan sebelum mencadangkan satu pendekatan komprehensif kepada kerajaan.

Beliau berkata, antara isu yang akan diutamakan adalah melihat semula peranan subsidi dalam mempengaruhi pasaran.

"Adanya subsidi, adanya barang kawalan, kos kita masih rendah berbanding dengan lain-lain. Ini yang akan menjejas struktur pasaran sebenar. Permintaan dan penawaran terjejas, pengagihan sumber akan tergendala dan kita tidak mendapat pertumbuhan maksimum untuk satu pasaran," katanya.

Beliau ditemui selepas menghadiri sidang akhbar bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd. Shafie Apdal mengenai Majlis Harga Negara di sini hari ini.

Pada sidang akhbar itu, Najib turut mengumumkan penubuhan kumpulan pakar-pakar yang diketuai Kamal bagi menasihat MHN berhubung soal pasaran, harga, bekalan dan langkah-langkah memastikan rakyat tidak dibebani dengan masalah kenaikan harga serta kekurangan bekalan keperluan asas.

Kamal yang juga Penasihat Jawatankuasa Bertindak Pelaksanaan Negara (NITF) berkata, banyak kajian telah dilakukan oleh NITF dan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) yang boleh dijadikan asas untuk mengkaji dan mendapat gambaran sebenar keadaan pasaran tempatan khususnya ekoran kenaikan harga minyak dunia.

"Adakah kos sara hidup kita telah meningkat dan kuasa beli kita telah menurun? Itu semua akan dilihat," katanya.

Ditanya berapa lama masa akan diambil untuk mengkaji isu berkaitan subsidi beliau berkata, ia akan mengambil sedikit masa untuk menstruktur semula subsidi.

"Isu berkaitan subsidi amat kompleks kerana ia saling berkait dan membabitkan perbelanjaan kerajaan," katanya.

Ditanya adakah kumpulan tersebut akan mencadangkan kepada kerajaan supaya menjadikan petrol sebagai satu bahan dalam simpanan Stok Simpanan Kebangsaan, beliau menambah, ia akan menjadi sebahagian perbincangan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.