saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 24/01/2008

NGO yakin 3 inisiatif pastikan barang cukup

KUALA LUMPUR 23 Jan. - Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yakin tiga inisiatif yang diumumkan kerajaan bagi memastikan barang keperluan asas cukup dan harganya stabil, akan menghilangkan kerisauan rakyat.

Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Marimuthu Nadason berkata, ia juga memberi jaminan bahawa rakyat tidak perlu lagi berhadapan dengan krisis tersebut untuk jangka panjang.

Katanya, ia adalah langkah yang terbaik untuk dilaksanakan pada masa ini memandangkan kenaikan harga minyak dunia yang dialami memaksa harga barang keperluan lain naik mendadak.

"Kita memang telah mencadangkan perkara itu sebelum ini dan gembira kerana kerajaan akan melaksanakannya. Ia adalah satu tindakan yang akan mengukuhkan keadaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan kerajaan mewujudkan Stok Penimbal Kebangsaan, Pusat Panggilan Kebangsaan serta kumpulan pakar-pakar di bawah Majlis Harga Negara (MHN) bagi menjaga kepentingan rakyat.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Maamor Osman berkata, langkah tersebut akan memastikan negara selamat daripada krisis kekurangan bekalan makanan asas.

"Ia sudah pasti akan mengurangkan kebimbangan rakyat jika bekalan di pasaran berkurangan," katanya.

Katanya, orang ramai pasti akan menyokong keputusan itu dan ia perlu dilaksanakan dengan segera.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman pula berkata, rakyat tidak perlu lagi risau kerana langkah kerajaan itu dijamin berkesan dalam menangani isu tersebut.

"Kerajaan sudah tentu akan mencari jalan dalam menangani kenaikan harga dan bekalan barangan," katanya.

Bagaimanapun jelasnya, kerajaan perlu memastikan pelaksanaannya berjalan lancar dan berkesan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.