saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 25/01/2008

Sultan Pahang terima Beret Kehormat Paskau

BANTING 24 Jan. - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah hari ini menerima Beret Kehormat Pasukan Khas Udara (Paskau) sebagai menghargai jasa dan keprihatinan baginda terhadap perkembangan serta pemodenan pasukan elit Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu.

Penganugerahan tersebut juga bagi menghormati baginda selaku Kolonel Yang Dipertua TUDM.

Anugerah itu disampaikan oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin dalam satu majlis penuh simbolik yang diadakan di Kem Rejimen TUDM, Jugra di sini.

Turut hadir ialah Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Bashir Abu Bakar; Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Datuk Rodzali Daud dan Pegawai Memerintah Rejimen TUDM, Kolonel Zaharin Ahmad.

Terdahulu, Sultan Ahmad Shah menyaksikan demonstrasi kepakaran dan kemahiran anggota-anggota Paskau yang dimulakan dengan acara terjun bebas dari helikopter Nuri pada paras ketinggian kira-kira 300 meter.

Pertunjukan-pertunjukan lain termasuk teknik-teknik menembak dan menggempur kedudukan musuh yang menggunakan peluru hidup.

Selain itu, para penonton turut diperlihatkan dengan ketangkasan anggota-anggota Paskau dalam tempur tanpa senjata, menuruni secara pantas dari helikopter dengan tali, menyelamat orang kenamaan daripada serangan musuh dan mengeluarkan anggota dari kawasan operasi menggunakan kaedah spie-Rig.

Baginda juga mencemar duli menghadiri jamuan makan bersama para pegawai dan anggota TUDM serta jemputan lain selepas pertunjukan berkenaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.