saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 25/01/2008

Aman Shah beralih ke rock


RAMAI peminat Aman Shah tentunya teruja menantikan album terbarunya yang berkonsepkan rock.


SEJAK membabitkan diri dalam bidang seni suara tanah air pada tahun 1979, Aman Shah dikenali ramai sebagai penyanyi yang popular dengan lagu-lagu berkonsepkan muzik pop.

Bagaimanapun selepas 29 tahun setia dengan irama pop, penyanyi kelahiran Johor Bahru, Johor itu kini berubah selera kepada muzik rock.

Aman merasakan bahawa kini sudah sampailah masanya dia mengetengahkan genre muzik rock yang cukup diminatinya sejak dari dulu lagi itu dalam album terbarunya kelak.

“Sebenarnya, ketika mula-mula menjadi penyanyi pada tahun 1970-an dulu, saya lebih cenderung kepada muzik rock. Ketika itu, saya mempunyai kumpulan rock saya sendiri iaitu Booty Boys.

“Tetapi apabila saya mula mengikat kontrak sebagai artis syarikat rakaman EMI mulai tahun 1980 hingga 1987, saya lebih dibentuk menjadi penyanyi pop komersial,” katanya pada satu pertemuan baru-baru ini.

Jelas penyanyi yang popular dengan lagu berjudul Adikku Pandai Menari ini, ketika awal pembabitannya sebagai penyanyi dia pernah merakamkan lagu-lagu yang berkonsepkan rock.

Sayangnya kata Aman, lagu-lagu rock yang dirakamkannya ketika itu kurang mendapat sambutan daripada para peminat muzik tempatan.

“Sebagai contohnya, pada tahun 1980 saya pernah merakam dan memuatkan lagu rock seperti Bahang Dari Utara dalam album kedua saya tetapi sambutannya kurang menggalakkan.

“Ini kerana, pada masa itu industri muzik tempatan didominasi oleh muzik pop. Malah, ramai peminat yang tidak mengetahui tentang muzik rock yang masih asing di kalangan pendengar ketika itu,” ujarnya.

Ketika ditanya tentang usianya yang kini mencecah 54 tahun, Aman berkata, faktor itu tidak menjadi penghalang untuknya beraksi di atas pentas kerana setakat ini dia belum menghadapi masalah berkaitan kesihatannya.

Penyanyi ini bukan sahaja tidak nampak ditelan usia, tetapi dia juga semakin bersemangat untuk meneruskan kariernya dalam bidang seni termasuklah terbabit sebagai pelakon drama televisyen (TV).

“Walaupun kali terakhir saya merakamkan album pada 1987 tetapi ramai peminat yang masih mengingati saya. Apatah lagi, sejak kebelakangan ini banyak drama lakonan saya telah disiarkan di kaca TV, misalnya drama bersiri Samarinda berjudul Jelatang yang ditayangkan di TV3.

“Saya harap kemunculan semula saya sebagai penyanyi kali ini akan memberikan kelainan terutamanya dari segi konsep muzik dan lirik lagu,” katanya.

Sebagai permulaan, Aman baru sahaja muncul menerusi album kompilasi berjudul Dina - Satu Destinasi... Abadi terbitan syarikat rakaman Karya Hadani.

Menerusi album itu, dia menyanyikan tiga buah lagu berkonsepkan rock berjudul Kepergianku, Mari Bersama dan Usaha & Tawakal.

Selain Aman, penyanyi lain yang terbabit dalam album kompilasi yang sudah berada di pasaran itu ialah pelakon Razak Ahmad dan bekas vokalis kumpulan rock Akar, Ezam.

Selain sibuk mempromosikan album kompilasi tersebut, Aman atau nama sebenarnya Aman Shah Abu Kassim juga sudah bersedia untuk merakamkan album solo terbarunya tidak lama lagi.

Bagaimanapun jelasnya, rakaman albumnya itu akan dimulakan sebaik sahaja studio rakaman milik Karya Hadani dapat disiapkan dalam waktu terdekat ini.

“Setakat ini pembinaan studio rakaman itu sudahpun 75 peratus siap. Apabila siap sahaja studio itu maka proses rakaman album solo terbaru saya akan lebih mudah dan cepat untuk disiapkan,” ujarnya lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.