saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 25/01/2008

‘Saya cakap besar’ -- Keterangan Lingam menafikan berbual dengan bekas Ketua Hakim

KUALA LUMPUR 24 Jan. - Peguam Datuk V.K. Lingam berkata, beliau bercakap besar dan mengarut ketika memberitahu rakan sosialnya, Loh Mui Fah bahawa dia bercakap dengan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Menyambung keterangan pada hari kelapan prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja hari ini, Lingam yang berkeras menafikan berbual dengan Ahmad Fairuz berkata, dia tidak ingat dengan siapa dia berbual.

Menjawab soalan peguam Ranjit Singh yang mewakili Badan Peguam Malaysia, Lingam juga berkata, beliau boleh bercakap apa saja topik yang disukai di rumahnya sendiri walaupun ketika itu dia sedang mabuk.

Lingam yang kelihatan agak marah berkata, bahkan dia boleh berpura-pura berbual dengan Presiden Bush sekiranya dia mahu berbuat demikian.

Ranjit: “Kalaulah awak mabuk sekalipun, kenapa awak membincangkan isu mengatur pelantikan hakim-hakim?”

Lingam: “Ini adalah rumah saya, dalam privacy rumah saya. Rumah saya adalah istana saya. Saya adalah raja dalam rumah saya. Saya boleh cakap merapu-rapu dalam keadaan mabuk jika saya suka, asalkan saya jaga kelakuan saya dan tidak melakukannya di tempat awam.”

Ranjit: “Kenapa awak bercakap mengenainya di hadapan Loh Mui Fah dan Loh Gwo Burne?”

Lingam: “Saya boleh pilih mana-mana topik yang saya suka. Malah, saya boleh berpura-pura bercakap dengan Presiden Bush kalau saya suka.”

Ranjit: “Kenapa awak dengan khusus menyebut nama Tun Ahmad Fairuz kepada Loh Mui Fah?”

Lingam: “Saya tak ingat berkata demikian. Jika saya ada cakap begitu, saya minta maaf tetapi ia adalah karut dan cakap besar saja.”

Ranjit: “Yang mana satu, mengarut atau cakap besar?”

Lingam: “Ia mungkin mengarut dan ia mungkin cakap besar.”

Mendengar jawapan Lingam, Ranjit berkata, perkara yang dikatakan oleh Lingam merujuk kepada kejadian sebenar dan bukan cakap besar.

Lingam menepis cadangan itu dengan berkata beliau tidak bersetuju.

Lingam yang diwakili peguam R. Thayalan adalah saksi ke-13 pada prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja yang ditubuhkan untuk menyiasat dan menentukan kesahihan kandungan klip video memaparkan imej dan perbualan lelaki mengenai pengaturan dan pelantikan hakim-hakim.

Suruhanjaya itu dipengerusikan oleh Tan Sri Haidar Mohamed Noor dan dianggotai oleh Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, Datuk Mahadev Shankar, Puan Sri Zaitun Zawiyah Putih dan Profesor Emeritus Datuk Dr. Khoo Kay Kim.

Ketika menjawab soalan peguam Robert Lazar sebelumnya, Lingam bersetuju bahawa dia merujuk kepada lelaki dalam klip video apabila menyatakan bahawa dia terlalu banyak minum wain.

Beliau yang enggan mengesahkan imej lelaki dalam klip video itu adalah dirinya, menyatakan bahawa beliau berkata lelaki itu mabuk kerana pada akhir rakaman itu, percakapannya tidak jelas.

Katanya, pergerakan lelaki itu yang terhuyung-hayang juga menunjukkan tanda-tanda dia mabuk.

Ketika menjawab soalan Robert sebab dia menamakan Ahmad Fairuz dengan sukarela tanpa ditanya oleh peguam atau sesiapa pun, Lingam menjawab: “Nama Ahmad Fairuz disebut-sebut dalam laporan Malaysiakini dan akhbar-akhbar lain. Ia telah pun diketahui umum sejak dua, tiga bulan lalu. Saya mahu memberitahu perkara sebenarnya dan menjelaskan semuanya.”

Robert: “Saya katakan, apabila membaca transkrip, tidak dapat dinafikan lagi bahawa awak bercakap dengan Ahmad Fairuz dan bukan orang lain.”

Lingam: “Saya tidak setuju.”

Lingam juga memberitahu, beliau tidak dapat menyediakan rekod telefon rumah dan bimbitnya kerana ia sering ditukar.

Katanya, beliau menggunakan telefon bimbit dengan talian prabayar dan sering menukarnya setiap kali dicuri manakala nombor telefon rumahnya sering ditukar kerana diganggu panggilan palsu.

Tambahnya, beliau tidak tahu sesiapa yang menyimpan nombor telefonnya pada 2001 dan 2002, oleh itu tidak dapat menyerahkannya ketika diminta oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Robert: “Bagaimana awak tahu Ahmad Fairuz tiada nombor telefon awak?”

Lingam: “Saya tidak pernah berbual dengannya di telefon begitu juga dengan dirinya.”

Robert: “Selepas klip video didedahkan kepada umum, adakah awak menghubunginya?”

Lingam: “Saya tidak pernah menghubunginya.”

Siasatan suruhanjaya bersambung esok.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.