saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 25/01/2008

Megat Junid meninggal

PETALING JAYA 24 Jan. – Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob meninggal dunia awal pagi ini di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar akibat menghidap penyakit barah.

Kesemua ahli keluarganya berada di samping Allahyarham sewaktu beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 5.25 pagi.

Anaknya, Megat Firdouz Megat Junid, 38, berkata, bapanya telah lama menderita penyakit barah prostat dan mereka sekeluarga mengetahui perkara itu sejak September 2006.

“Pada ketika itu, kami dimaklumkan abah telah menghidap penyakit barah prostat peringkat serius iaitu pada tahap keempat,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Kelana Jaya di sini hari ini.

Megat Firdouz berkata, penyakit barah yang dihidapi bapanya itu telah mengakibatkan buah pinggang dan paru-parunya turut terjejas.

Katanya, kali terakhir beliau dapat berkomunikasi dengan bapanya ialah kira- kira pukul 4 pagi ini.

“Saya cuba tanya abah sama ada dia sakit atau tidak, dan dia membalas dengan menggenggam tangan saya.

“Matanya kelihatan sukar untuk dibuka. Saya perhatikan keadaan jantungnya juga semakin lemah ketika itu,” ujarnya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Subang menambah, bapanya itu menghembuskan nafas terakhirnya dalam keadaan yang sangat tenang.

“Allahyarham meninggal dunia sewaktu tidur. Dia pergi dalam keadaan yang baik dan tenang,” katanya.

Jenazah Allahyarham dibawa pulang dari hospital kira-kira pukul 8.45 pagi dan sampai di kediamannya pada 9.10 pagi.

Allahyarham meninggalkan dua isteri iaitu Puan Seri Faizah Shuib yang dikurniakan tiga orang anak dan Norzila Jalil (Ziela Jalil), dua orang anak.

Jenazah Allahyarham kemudiannya, disembahyangkan di Masjid Nurul Yakin, Kelana Jaya selepas Zohor dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara pada pukul 2.30 petang.

Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan antara tetamu kehormat melawat jenazah Allahyarham.

Turut menziarah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Musa Hitam; Datuk Mukhriz Tun Mahathir; Ketua Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad; bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri S. Samy Vellu.

Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd. Shafie Apdal; bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar; Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob dan Menteri Besar Perak, Tan Sri Mohd. Tajol Rosli Ghazali.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.