saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 25/01/2008

Stok penimbal tak jejas harga

PUTRAJAYA 24 Jan. - Penubuhan Stok Penimbal Kebangsaan tidak akan menyebabkan harga barangan keperluan lain yang tidak tersenarai sebagai barang kawalan meningkat di pasaran, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, stok tersebut diwujudkan untuk memastikan harga barangan keperluan terus stabil dan bekalannya sentiasa mencukupi di pasaran.

"Ia (kenaikan harga barang bukan kawalan) tidak akan berlaku," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Jubli Emas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas lanjut pengumumannya semalam, mengenai tiga inisiatif baru kerajaan bagi mengawal bekalan dan menstabilkan harga barangan keperluan asas di pasaran.

Dua lagi inisiatif yang diperkenalkan ialah penubuhan Pusat Panggilan Kebangsaan yang beroperasi selama 24 jam dan kumpulan pakar yang akan memberi nasihat berhubung segala isu berkaitan harga dan bekalan kepada pengguna.

Najib berkata, maklumat terperinci mengenai pelaksanaan semua inisiatif tersebut akan diputuskan selepas mesyuarat pertama Majlis Harga Negara yang dijadual diadakan sekembalinya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dari luar negara.

Menurutnya, ini termasuk menentukan barang-barang yang akan disimpan sebagai Stok Penimbal Kebangsaan.

"Apa yang pasti bahan tersebut boleh tahan lama dan bukan daripada kategori mudah rosak," katanya.

Buat masa ini, kerajaan menyenaraikan sebanyak 21 barangan keperluan asas sebagai barang kawalan sepanjang tahun.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.