saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 26/01/2008

BSPN urus penyimpanan

KUALA LUMPUR 25 Jan. - Agensi khas yang dikenali sebagai Badan Stok Penimbal Negara (BSPN) akan ditubuhkan bagi menguruskan penyimpanan barangan keperluan di gudang milik kerajaan dan swasta sedia ada.

Ketua Kumpulan Pakar Majlis Harga Negara (MHN), Datuk Dr. Kamal Salih berkata, penubuhan badan berkenaan dijangka diputuskan semasa mesyuarat pertama majlis itu yang bakal diadakan sekembalinya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dari Davos, Switzerland.

“Badan ini juga bertanggungjawab mengkaji kemungkinan dibina gudang baru sekiranya kemudahan sedia ada tidak mencukupi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pengumuman kerajaan kelmarin untuk mewujudkan Stok Penimbal Kebangsaan iaitu inisiatif baru bagi memperkukuh strategi bagi memastikan harga barangan keperluan terus stabil dan bekalannya sentiasa mencukupi di pasaran.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu berkata, dua inisiatif lain yang diwujudkan di bawah MHN yang dipengerusikan oleh Abdullah ialah Pusat Panggilan Kebangsaan dan Kumpulan Pakar.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.