saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 27/01/2008

Projek landasan berkembar tidak diali baba

PULAU PINANG 26 Jan. - Kerajaan sedang mengadakan perbincangan bagi memastikan 30 peratus kerja-kerja pembinaan landasan kereta api berkembar dari Ipoh di Perak ke Padang Besar di Perlis bernilai RM3.8 bilion yang diberi kepada kontraktor bumiputera tidak diali baba.

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, perbincangan bersama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan konsortium yang diterajui oleh Gamuda Holdings Bhd. dan MMC Corp (MMC-Gamuda) itu akan mencapai kata sepakat dalam masa terdekat.

''Kami akan mencari jalan terbaik bagi memastikan kontrak itu diberikan kepada kontraktor bumiputera yang berwibawa sekali gus melaksanakan tanggungjawab yang diberi. Ia sebenarnya bukan isu besar," katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar pada majlis Makan Malam DPMM di sini malam ini yang turut dihadiri Presiden DPMM, Syed Ali Mohammed Al Attas dan Presiden DPMM Pulau Pinang, Rizal Fariz Muhideen Kadir.

Akhbar hari ini melaporkan Syed Ali menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap MMC-Gamuda kerana mahu menyerahkan kontrak kerja-kerja pembinaan itu tanpa melalui DPMM.

Katanya, beliau akan membawa perkara itu kepada Nor Mohamed bagi perbincangan lanjut kerana melihat penganugerahan kontrak tanpa melalui DPMM seolah-olah mencabar kewibawaan ahli perniagaan bumiputera lain.

Sementara itu, di Taiping, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan yakin projek landasan kereta api berkembar dari Ipoh ke Padang Besar yang bernilai RM3.8 bilion dapat memberi manfaat besar kepada kontraktor bumiputera yang berkelayakan.

Katanya, landasan sepanjang 329 kilometer yang dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh lima tahun akan datang itu juga mampu menjana ekonomi dan pembangunan negara.

''Saya sangat yakin projek landasan kereta api berkembar itu mampu membawa manfaat kepada kontraktor tempatan selain dapat melancarkan perjalanan orang ramai.

''Bagaimanapun apa yang penting ialah kerajaan mahu memastikan projek itu dapat berjalan lancar kerana jika projek itu menghadapi masalah pihak yang akan menanggung beban adalah kerajaan sendiri," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Gerak Usahawan Majlis Pembangunan Usahawan Daerah (MPUD) Larut Matang dan Selama di Dewan Kompleks Rakan Muda di Kamunting dekat sini hari ini.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.