saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 27/01/2008

Malaysia tidak perlu pengiktirafan Pas

PUTRAJAYA 26 Jan. – Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Hamid Othman meminta rakyat supaya tidak menghiraukan dakwaan Pas kononnya Malaysia bukan sebuah negara Islam sebenar.

Beliau berkata, pengiktirafan Pas tidak diperlukan kerana dunia sudah mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang maju dan dinamik.

‘‘Itu lebih penting (pengiktirafan negara luar). Jika mereka (negara luar) sudah mengiktiraf dan mencontohi negara kita, itu adalah bukti kukuh bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam.

‘‘Di sini tidak ada kekacauan dan kecelaruan tentang Islam berdasarkan kemajuan ekonomi, politik serta pengurusan pentadbiran,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Pas yang terus menggunakan isu negara Islam untuk meraih simpati rakyat, selain cuba menunjukkan kegagalan pimpinan Barisan Nasional (BN).

Ini termasuklah isu hukum hudud yang cuba diperjuangkan oleh parti pembangkang itu.

Abdul Hamid menjelaskan, penilaian sama ada negara ini mengamalkan Islam sepenuhnya ataupun sebaliknya tidak wajar dilihat daripada satu isu sahaja.

Sebagai contoh katanya, hukum hudud yang mahu dilaksanakan di negara ini tidak sepatutnya dijadikan isu besar kerana ia bukan tuntutan fardu ain.

Beliau menambah, pemimpin negara sudah menggunakan konsep Islam dalam pemerintahannya seperti pada zaman Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein yang menggunakan isu pendidikan dalam perjuangannya.

‘‘Ini dapat kita lihat menerusi wahyu Allah yang pertama dengan suruhan Iqra (bacalah) iaitu merujuk kepada kepentingan mencari ilmu pengetahuan dalam kehidupan.

‘‘Usaha kerajaan sekarang ini juga adalah kehendak agama menerusi demokrasi pendidikan dan kesihatan, di mana kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sosial itu,” ujarnya.

Selain itu jelasnya, keamanan dan kesejahteraan yang dikecapi sudah cukup membuktikan kejayaan konsep pentadbiran Islam yang diamalkan oleh kerajaan sedia ada.

‘‘Kalau kita lihat negara Islam lain, walaupun negara mereka sebuah negara Islam tetapi rakyatnya tidak bersatu-padu malah mengalami krisis ekonomi dan politik yang kuat.

‘‘Jika pihak pembangkang mahu mewujudkan sebuah kerajaan lain yang berkonsepkan ‘negara kebajikan’ , seolah-olah mereka tidak bersyukur dengan apa yang kita kecapi sekarang,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.