saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 28/01/2008

Pian Hon tak gentar hadapi penulis blog

PUTRAJAYA 27 Jan. - Ahli Parlimen Serdang, Datuk Yap Pian Hon tidak gentar jika DAP meletakkan penulis blog terkenal, Jeff Ooi untuk menentangnya di kerusi Parlimen Serdang pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau yang sudah lapan penggal menjadi wakil rakyat kawasan tersebut sejak tahun 1969 sebaliknya yakin Barisan Nasional (BN) dapat mengulangi kemenangan besar-besaran seperti yang dicapai pada pilihan raya umum 2004.

"Pada bulan Mac tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri telah memuji saya sebagai antara Ahli Parlimen yang paling cergas berkhidmat kepada rakyat.

"Saya yakin prestasi baik yang saya tunjukkan sejak berdekad-dekad lalu dapat membantu kemenangan BN di kerusi Parlimen Serdang dan kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di dalam Parlimen itu," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Pian Hon berkata, penduduk di kawasan Parlimen tersebut juga didapati yakin dengan kemampuan BN untuk memperjuangkan nasib rakyat.

"Terbaru, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) India dalam satu perhimpunan di Bangi telah menyuarakan sokongan mereka kepada BN dan saya," katanya.

Pada pilihan raya umum 2004, Pian Hon menewaskan calon DAP, Wong Kok Yew dengan majoriti 11,280 undi.

Persaingan di kerusi Parlimen Serdang dijangka lebih sengit pada pilihan raya akan datang kerana DAP dijangka meletakkan Jeff Ooi untuk bertanding di situ.

Pian Hon yang pernah menjadi Naib Presiden MCA merupakan Ahli Undangan Negeri Serdang sejak 1969 dan dipilih menjadi Ahli Parlimen Serdang dari tahun 1995 hingga sekarang.

Kedudukan Pian Hon dalam MCA bagaimanapun tergugat selepas beliau gagal mempertahankan jawatan Ketua Bahagian Serdang dan Naib Presiden MCA dalam pemilihan parti 2005.

Berikutan kegagalan itu, difahamkan Pian Hon mungkin akan digugurkan sebagai calon kerusi Parlimen Serdang pada pilihan raya akan datang.

Mengulas mengenai khabar angin tersebut, Pian Hon berkata, beliau bersedia menerima apa jua keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan MCA dan BN.

"Saya akan akur kepada apa jua keputusan yang dibuat oleh MCA dan BN," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.