saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 28/01/2008

Estranged juara AJL22


KUMPULAN Estranged.


KUALA LUMPUR 27 Jan. Bintang-bintang ternama industri seni suara tanah air tewas kepada kumpulan baru Estranged apabila lagu Itu Kamu ciptaan kumpulan tersebut dinobatkan sebagai Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu Ke-22 (AJL22) yang disiarkan secara langsung menerusi TV3 dari Stadium Putra, Bukit Jalil di sini malam ini.

Dengan kemenangan itu, Estranged mengalahkan artis terkenal seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Aishah yang disebut-sebut bakal menjuarai pertandingan berkenaan. Kumpulan empat penyanyi dari Sabah itu membawa pulang wang tunai RM25,000 berserta trofi.

Estranged memenangi RM12,000 lagi kerana ia turut menjuarai kategori Pop Rock AJL22. Ini bermakna lagu Itu Kamu membolot wang tunai keseluruhan berjumlah RM37,000. Lirik lagu Itu Kamu yang bertemakan cinta ditulis oleh Richael Lawrence.

Sementara itu, lagu Izinku Pergi yang dinyanyikan oleh Shari ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik karya Sulu Sarawak memenangi kategori Balada.

Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000.

Lagu Samudera yang disampaikan oleh Nora pula menjuarai kategori Etnik Kreatif.

Dengan kemenangan itu, lagu ciptaan Johan Nawawi dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya itu melayakkan Johan membawa pulang wang tunai RM12,000 berserta trofi.

Lagu duet Jaclyn Victor dan Lah Ahmad pula diumumkan memenangi kategori Vokal Terbaik menerusi lagu Ceritera Cinta. Mereka membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi.

Kategori Persembahan Terbaik menjadi milik Raja SMS, Mawi yang memberikan persembahan cukup menarik menerusi lagu Angan dan Sedar, sekali gus melayakkan juara Akademi Fantasia 3 itu memenangi wang tunai RM10,000 dan trofi.

Bagi kategori itu, 50 peratus daripada markah yang diterima adalah melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan selebihnya diadili oleh juri profesional.

Hadiah-hadiah AJL22 disampaikan oleh Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Abdul Mutalib Mohamed Razak dan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan.

AJL22 bertemakan Keajaiban Muzik menampilkan empat pengacara iaitu Ally

Iskandar, Cheryl Samad, Faizal Ismail dan Fara Fauzana.

Anugerah Juara Lagu yang dianjurkan sejak tahun 1986 itu adalah acara tahunan untuk memberi pengiktirafan kepada para komposer dan penulis lirik tanah air.

Lagu-lagu lain yang bertanding pada AJL22 ialah Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) nyanyian kumpulan Jinbara, Janjiku (Sofaz), Sembunyi (Misha Omar dan Andy), Dirgahayu (Ramlah Ram), Kasihnya Balqis (Aishah), Mahakarya Cinta (Fiq), Kasih Tercipta (Bob) dan Harapan (Fazli Zainal).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.