saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 28/01/2008

Azimi Daim sedia tanding kerusi Parlimen

BANDAR BAHARU 27 Jan. - Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Azimi Daim bersedia untuk bertanding di kawasan Parlimen pada pilihan raya umum ke-12 ini.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran dan Modal Insan Kedah itu berkata, ia bergantung kepada kehendak pucuk pimpinan UMNO dan beliau akan akur terhadap semua keputusan yang bakal dibuat.

"Saya akan patuh kepada segala arahan daripada pucuk pimpinan parti mengenai kedudukan saya sama ada kekal di Dewan Undangan Negeri Bandar Baharu atau ke Parlimen.

"Berdasarkan maklum balas yang positif di kalangan pengundi kawasan ini, saya tidak menolak sekiranya diberi peluang," ujarnya kepada pemberita selepas mengadakan majlis dialog dengan penduduk di Kampung Kilang Batu, Relau dekat sini hari ini.

Azimi berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi yang mengatakan beliau akan bertanding di kawasan Parlimen pada pilihan raya umum kali ini.

Beliau disebut-sebut akan bertanding di Parlimen Kulim/Bandar Baharu menggantikan penyandang sedia ada, bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Pada pilihan raya umum 2004, Azimi berjaya mengalahkan Yaakub Husain dari Pas setelah memperoleh majoriti sebanyak 3,878 undi.

Beliau dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) menggantikan penyandang ketika itu, Datuk Osman Md. Aji.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.