saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 29/01/2008

Ahmad Fairuz tidak minta Lingam berikan surat tunjuk sebab

29/01/2008 2:24pm

KUALA LUMPUR 29 Jan. – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim berkata, beliau tidak mengarahkan peguam Datuk V.K. Lingam memberikan surat tunjuk sebab kenapa beliau tidak boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah atas dakwaan membuat kenyataan tidak benar dan menimbulkan skandal dalam badan kehakiman.

Ahmad Fairuz bagaimanapun bersetuju dengan cadangan peguam yang mewakili Badan Peguam Malaysia, Yeo Yang Poh bahawa mungkin wujud prima facie bagi menghina mahkamah di pihak Lingam kerana beliau telah meletakkan reputasi badan kehakiman dalam keadaan yang amat buruk.

Lingam dipaparkan dalam rakaman klip video yang didakwa kononnya mengatur pelantikan hakim-hakim.

Bagaimanapun, Ahmad Fairuz, yang bersara pada 1 November tahun lepas berkata, sukar untuk beliau mengarahkan Lingam berbuat demikian kerana perkara itu sedang disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).

“Pada waktu itu, saya tidak tahu akan hasil daripada penyiasatan itu dan isi kandungan klip video itu tidak dibuktikan sama ada ia tulen atau rekaan. Lagipun saya tidak dapat sahkan siapakah yang bercakap dalam klip video itu,” kata Ahmad Fairuz, 66, yang menyambung keterangan pada inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai kesahihan klip video itu. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.