saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 29/01/2008

Dr Mahathir adalah kawan saya, kata Vincent Tan

29/01/2008 6:27pm

KUALA LUMPUR 29 Jan — Ahli perniagaan terkemuka Tan Sri Vincent Tan menyifatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang sahabat beliau dan seorang yang banyak memberi nasihat kepadanya berhubung perniagaan.

Beliau memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja di sini hari ini bahawa Dr Mahathir adalah seorang yang hebat dan baik serta suka menolong.

Ketika ditanya oleh Datuk Azmi Ariffin, pegawai pengendali inkuiri oleh suruhanjaya itu, bagaimana beliau mengenali Dr Mahathir, Tan berkata, ia bermula semasa beliau terlibat dalam perniagaan francais makanan segera McDonald’s, satu bidang yang menarik minat Dr Mahathir.

“Saya menemui Dr Mahathir pada awal tahun 80an semasa saya terlibat dalam perniagaan francais. Dr Mahathir berminat dalam bidang itu. Dari situlah kami berkawan,” katanya.

Ditanya sama ada beliau menganggap Dr Mahathir sebagai rakan keluarga yang rapat, Tan berkata, Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri untuk satu tempoh yang lama, dan beliau tidak mahu menghebohkan bahawa beliau rapat dengan Dr Mahathir.

“Saya gembira apabila Dr Mahathir (dalam keterangannya dalam inkuiri ini sebelum ini) menganggap saya sebagai kawan baiknya,” katanya.

Inkuiri itu diadakan antaranya bagi memastikan kesahihan satu klip video yang kononnya melibatkan seorang peguam cuba mengatur pelantikan hakim.- Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.