saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 29/01/2008

Lebih ramai mahu berundur

ALOR STAR 28 Jan. - Lebih daripada dua orang wakil rakyat di negeri ini telah menyatakan hasrat untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata, selain daripada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyatakan hasrat tersebut kepadanya baru-baru ini, masih ada lagi kalangan mereka yang menyuarakan keinginan untuk berundur daripada politik.

Pengerusi BN Kedah itu bagaimanapun tidak menyatakan berapa ramai dan merahsiakan nama wakil rakyat terbabit serta enggan mendedahkan sama ada mereka daripada kalangan ADUN atau Ahli Parlimen.

''Sedikit masa lagi saya beritahu, kerana saya tengah menunggu ada lagi yang nak berundur," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama kira-kira 2,000 anggota dan keluarga tentera di Kem 6 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Bukit Pinang di sini hari ini.

Beliau mewakili Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang terpaksa memendekkan lawatan kerjanya ke negeri ini kerana mengetuai rombongan Malaysia ke Indonesia bagi menghadiri upacara pengkebumian bekas Presiden negara itu, Allahyarham Suharto.

Ahad lalu, Utusan Malaysia melaporkan dua ADUN Kedah telah menyatakan hasrat untuk tidak bertanding kerana mahu bersara daripada politik dan memberi laluan kepada muka baru.

Mereka adalah orang lama yang telah tiga hingga empat penggal menjadi ADUN dan salah seorang daripadanya pernah menjadi Ahli Parlimen.

Antara ADUN negeri itu yang telah lama berkhidmat ialah Datuk Abd. Razak Hashim (Guar Chempedak), Abu Hasan Sharif (Kota Siputeh), Datuk Beh Heng Siong (Gurun), Datuk Dr. Afiffuddin Omar (Kuala Nerang) dan Md. Hasan Bulat (Ayer Hangat).

Satu laporan Bernama dipetik sebagai berkata, Heng Siong yang juga Pengerusi MCA Kedah telah meluahkan hasrat untuk tidak menjadi calon pada pilihan raya umum ke-12.

Mahdzir menjelaskan, wakil-wakil rakyat yang menyatakan hasrat untuk tidak bertanding itu memberikan alasan sudah lama berkhidmat dan mahu memberi laluan kepada muka baru.

Beliau menghargai tindakan mereka yang sukarela menawarkan diri untuk berundur itu kerana ia akan memudahkannya mengemukakan senarai calon pengganti yang sesuai.

Mahdzir turut membayangkan terdapat pertukaran kecil melibatkan ADUN ke Parlimen atau sebaliknya bagi memberi peluang kepada mereka memikul tanggungjawab berbeza.

''Senarai calon di peringkat akhir penyesuaian. Kemungkinan akhir ada pertukaran. Namun peratusannya adalah kecil," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.