saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 29/01/2008

'Biar kami runding dulu'

ALOR STAR 28 Jan. - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, beliau akan menemui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain bagi membincangkan kedudukan bekas Menteri Besar itu pada pilihan raya umum ke-12.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah itu berkata, hasil daripada pertemuan tersebut akan dikemukakan kepada pucuk kepimpinan parti untuk membuat keputusan.

''Biarlah saya berunding dengan dia dulu," katanya ketika ditanya mengenai sama ada Syed Razak akan kekal sebagai calon atau memberi laluan kepada muka baru pada pilihan raya umum nanti.

Mahdzir ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Tengah Hari bersama kira-kira 2,000 anggota dan keluarga tentera di Kem 6 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Bukit Pinang di sini hari ini.

Pada majlis itu kerajaan negeri menyampaikan sumbangan keseluruhan bernilai RM43,000 kepada balu, anak-anak anggota tentera yang cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2007, anggota tentera yang tercedera semasa latihan atau operasi serta Badan Kebajikan Angkatan Tentera (Bakat).

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Syed Razak menyerahkan kepada Mahdzir untuk menentukan mengenai kedudukannya pada pilihan raya umum akan datang.

Syed Razak dilantik Menteri Besar Kedah menggantikan Tan Sri Sanusi Junid pada 9 Disember 1999, bagaimanapun kerja-kerja pentadbirannya terjejas setelah menghidap penyakit paresis yang menyebabkan beliau terpaksa bercuti panjang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.