saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 01/02/2008

Pendidikan: Boleh keluar caruman KWSP

SAYA merujuk kepada surat dari “Pencarum Risau”, Kuala Lumpur mengenai pengeluaran pendidikan KWSP bagi membayar pinjaman kepada PTPTN yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 30 Januari 2008.

Untuk makluman penulis, pengeluaran pendidikan telah diperkenalkan bertujuan untuk membolehkan ahli mengeluarkan simpanan KWSP dalam Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian ahli atau anak ahli di institusi pengajian tinggi (IPT) yang diiktiraf di dalam atau di luar negara. Ahli juga boleh membuat pengeluaran pendidikan ini untuk menyelesaikan baki pinjaman pendidikan yang dibuat dengan institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (Bafia) dan Bank Rakyat.

Selain itu, agensi pinjaman pendidikan lain yang dibenarkan ialah Jabatan Perkhidmatan Awam, Mara, PTPTN, yayasan negeri, Yayasan Pendidikan Negeri dan koperasi yang berdaftar.

Maklumat tersebut mengenai pengeluaran pendidikan boleh diperoleh dengan melayari laman web KWSP di alamat www.kwsp.gov.my.

– NIK AFFENDI JAAFAR,

Pengurus Kanan Perhubungan Awam,

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.