saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 01/02/2008

Razali serah nasib kepada pengundi

KUALA LUMPUR 31 Jan. - Razali Ibrahim yang baru sepenggal berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Muar menyifatkan pemilihan seseorang wakil rakyat itu turut bergantung pada budi bicara masyarakat setempat.

Katanya, walaupun pemilihan seseorang calon itu ditentukan oleh pucuk pimpinan tetapi pada masa yang sama, individu (calon) tersebut perlu memenangi hati pengundi.

Beliau berkata, beliau mendapat kerjasama baik daripada masyarakat Muar selama berkhidmat sebagai Ahli Parlimen.

Menurutnya, sebagai wakil rakyat, beliau mempunyai banyak lagi kerja-kerja yang perlu diselesaikan.

''Saya merasakan satu penggal tidak cukup untuk saya menyelesaikan kerja-kerja yang belum dibereskan lagi.

''Pendek kata tempoh tiga tahun ini masih tidak mencukupi. Saya perlu meneruskan lagi kerja-kerja kepada masyarakat,'' kata pemimpin muda berusia 38 tahun itu kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Razali yang juga Ketua Pemuda UMNO Johor memenangi kerusi Muar dengan majoriti 13,415 undi pada pilihan raya umum ke-11 menewaskan calon Pas, Mohamad Taib.

Beliau berkata, apa yang penting, setiap calon Barisan Nasional (BN) itu perlu meneruskan aspirasi parti.

''Tugas kita juga adalah memastikan pada pilihan raya umum akan datang calon BN mencapai kemenangan bagi membolehkan mereka berkhidmat kepada rakyat,'' ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.