saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 02/02/2008

Haramkan minuman ringan beralkohol guna label buah

ALOR STAR 1 Feb. - Persatuan Pengguna Kedah (Cake) meminta kerajaan mengharamkan minuman ringan mengandungi alkohol yang menggunakan label buah-buahan.

Presidennya, Datuk Yusoff Ismail berkata, ini kerana sudah termaktub dalam undang-undang negara bahawa penjualan minuman beralkohol kepada golongan berumur 18 tahun ke bawah adalah dilarang.

Justeru, katanya, kementerian yang terlibat termasuk Kementerian Kesihatan perlu menjalankan siasatan terperinci bagi menentukan kesahihan dakwaan tersebut agar perkara berkenaan dapat diselesaikan segera.

"Kalau dakwaan itu benar, minuman itu perlu diharamkan. Pengeluaran dan penjualannya juga perlu dihentikan.

"Kepada pihak yang masih menjualnya pula, tindakan tegas perlu dikenakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang disiarkan di muka depan Utusan Malaysia hari ini yang mendakwa ada antara minuman ringan untuk kanak-kanak mengandungi alkohol.

Presiden CAP, S. M. Mohamed Idris berkata, minuman ringan itu, yang antara lainnya menggunakan label dan gambar buah-buahan, didapati mengandungi kadar alkohol sehingga 5.5 peratus.

Mohamed mendakwa, maklumat mengenai kandungan alkohol dalam minuman itu dicetak dengan kecil dan sukar dibaca yang membuatkan pengguna menyangka bahawa mereka membeli minuman buah-buahan atau minuman ringan.

Yusoff berkata, kementerian terlibat juga perlu menjalankan siasatan bagi menentukan sama ada minuman ringan berkenaan mempunyai logo halal yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau sebaliknya.

Kata beliau, hasil daripada siasatan itu perlu diumumkan kepada orang ramai supaya dakwaan tersebut tidak menjadi tanya mengenai kesahihannya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zuhur 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.