saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 03/02/2008

PM: Jadi universiti terbilang

KUALA LUMPUR 2 Feb. - Universiti Malaya (UM) perlu meletakkan kembali kedudukannya dalam kalangan universiti terbilang dunia, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri memberitahu, walaupun UM merupakan universiti yang cemerlang di peringkat kebangsaan tetapi lebih baik sekiranya ia juga terbilang di peringkat dunia.

''Tiga langkah yang perlu dilakukan oleh UM untuk mencapai tahap sebagai universiti terbilang di peringkat global ialah mengambil lebih ramai pensyarah asing, meningkatkan kemasukan pelajar asing serta memperbanyakkan lagi penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pelbagai bidang,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Hari Alumni Universiti Malaysia (UM) bertemakan 'Balik Kampus 2008' dan melancarkan buku 'The Calling of Pantai Valley' terbitan Persatuan Alumni UM (PAUM) di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Jeanne Abdullah; Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaacob; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed; Pro-Canselor UM, Toh Puan Dr. Aishah Ong, Pengerusi Lembaga Pengarah UM, Tan Sri Arshad Ayub dan Naib Canselor UM, Datuk Rafiah Salim.

Pada 2007, UM terkeluar daripada senarai 200 universiti terbaik dunia Times Higher Education Supplement (THES) dengan berada di tangga 246 berbanding 192 pada 2006.

Mengulas langkah pertama, Abdullah berkata, pengambilan pensyarah antarabangsa boleh dibuat sama ada dari Eropah, Amerika Syarikat atau Asia Timur untuk mencurahkan ilmu kepada pelajar-pelajar UM.

''Usaha untuk meramaikan lagi ahli-ahli akademik dalam pelbagai bidang perlu diutamakan dengan melakukan pengambilan peringkat antarabangsa.

''Pengambilan pensyarah ini boleh membantu perkembangan UM dalam perkara-perkara tertentu dan pengurusan tidak perlu teragak-agak untuk mengambil pendekatan tersebut,'' katanya.

Perdana Menteri bagaimanapun menegaskan pengambilan pensyarah antarabangsa ini tidak bermakna pembentukan kumpulan ahli akademik tempatan dipinggirkan.

Katanya, usaha membentuk kumpulan ahli akademik tempatan perlu diperkukuhkan agar mereka dapat meletakkan diri setaraf dengan pensyarah-pensyarah asing.

Mengenai langkah kedua pula, Abdullah mahu UM melaksanakan pengambilan pelajar-pelajar asing lepasan ijazah terutama dalam kursus-kursus yang dianggap terbaik di dunia.

''UM perlu buka pintu kepada pelajar asing untuk mengambil kursus lepasan ijazah terutama dalam bidang-bidang tertentu yang dapat memberi pengetahuan dan pengalaman baru kepada pelajar tersebut,'' katanya.

Langkah ketiga jelas Perdana Menteri, UM perlu mengutamakan penyelidikan dan ia bukan hanya tertumpu kepada satu subjek sahaja tetapi pelbagai subjek.

Abdullah bagaimanapun menyerahkan kepada kebijaksanaan pengurusan UM bila hendak melakukan langkah-langkah yang telah dicadangkan tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.