saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 04/02/2008

Selangor warta tapak surau, kubur

KLANG - Semua tapak surau, masjid dan tanah perkuburan Islam di Selangor akan diwartakan bagi memastikannya tidak diambil oleh mana-mana pihak untuk tujuan pembangunan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat negeri, Datuk Abdul Rahman Palil berkata, melalui pewartaan, semua kemudahan itu dilindungi di bawah undang-undang.

Sehubungan itu, jelas beliau, semua penyelaras dan nazir masjid telah diarah menyenaraikan surau, masjid dan tanah perkuburan untuk tindakan lanjut kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri Selangor baru-baru ini bersetuju mewartakan tapak surau, masjid dan kubur.

“Kalau tidak diwartakan, bila-bila masa ia boleh 'terbang'," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan taklimat undang-undang harta pusaka kecil, keselamatan dan isu semasa di sini semalam.

Program julung kali diadakan itu dianjurkan oleh Unit Pembahagian Harta Pusaka Kecil Persekutuan Negeri Selangor dan Pejabat Perkhidmatan Mesra Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa.

Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa memberitahu, kefahaman mengenai pengurusan harta pusaka khususnya waris si mati penting supaya tidak timbul salah faham di kalangan ahli keluarga sehingga mencetuskan perbalahan.

Di Selangor sendiri, katanya, terdapat kira-kira 6,000 kes tuntutan terhadap harta pusaka masih belum selesai.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.