saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 05/02/2008

Hati Haeriyanto sudah dimiliki

NAMA Haeriyanto Hassan atau lebih dikenali sebagai Haeriyanto mungkin kurang dikenali di kalangan peminat seni hiburan tanah air.

Bagaimanapun, kelibat pelakon bertubuh sasa, berusia 37 tahun itu begitu mesra malah sangat disenangi di kalangan penerbit dan pengarah drama tempatan.

Pemuda kelahiran Kota Singa yang memulakan kerjaya seni lewat usianya 23 tahun itu mula popular menerusi drama Mat Despatch arahan pengarah drama tersohor, Rashid Sibir.

Kini dia menyusun langkah ke tahun yang ke-12 bergelar pelakon.

Melakonkan watak Zarul dalam siri drama tersebut memberikan pengalaman berharga buat Haeriyanto untuk melangkah lebih jauh dan terus dikenali dalam dunia lakonan.

Sepanjang tempoh itu melibatkan diri dalam dunia lakonan, aktor ini sudah membintangi lebih 70 buah drama.

Biarpun namanya kurang menyerlah, namun lewat beberapa tahun kebelakangan ini, nama Haeriyanto semakin dikenali malah seringkali ditawarkan untuk berlakon dalam beberapa filem yang turut dibintangi oleh nama-nama besar dalam industri perfileman negara.

Haeriyanto yang ditemui di kediamannya di Taman Lestari Puchong, Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini berkata, sikapnya yang suka merendah diri menyebabkan dia kurang diminati.

“Memang saya akui dahulu saya kurang ambil berat tentang penampilan diri saya. Badan tak terjaga, cara berpakaian pun ringkas sangat. Mungkin sebab tulah saya kurang dikenali dan diminati.

“Tapi Alhamdulillah, sejak tiga tahun kebelakangan ini saya sudah mula jaga penampilan diri. Saya sudah mula menguruskan badan dan berpakaian dengan lebih kemas.

“Syukur, sejak menjaga penampilan diri, rezeki saya semakin bertambah,” katanya berterus terang.

Selain Mat Despatch, antara drama-drama lain yang pernah dibintangi Haeriyanto ialah Metropolitan, Kristal Hitam, Relakan Cinta dan Insurgensi.

Seperti artis-artis lain, Haeriyanto juga tidak hanya meletakkan bakatnya dalam lakonan drama semata-mata. Dia turut membintangi beberapa buah filem termasuk Chermin dan juga sebuah filem bebas, Malaikat Di Jendela arahan Osman Ali.

Selain terlibat dalam lakonan drama, Haeriyanto juga aktif berlakon teater. Antara pementasan teater yang pernah dijayakan olehnya ialah Tun Fatimah.

Kini, Haeriyanto sibuk mengajar teater kepada lebih 40 orang pelajar di Tasik Height, Bandar Tasik Selatan bersama-sama dengan seorang lagi tenaga pengajar iaitu Shikin (anak kepada pelakon Anjang Aki).

Pasangan hidup

Walaupun telah menjangkau usia 37 tahun, pelakon yang jarang tersenyum ini masih belum mendirikan rumah tangga.

Bercakap tentang jodoh, Haeriyanto mengakui hatinya sudah dimiliki seseorang.

Diminta mengulas mengenai gadis pilihannya itu, Haeriyanto berkata, gadis itu merupakan seorang kakitangan Astro yang bertugas di bahagian latihan pekerja.

Menurutnya, dia dan kekasihnya yang berasal dari Sungai Long, Kajang, Selangor itu dijangka berkahwin pada bulan Julai ini.

“Bagi saya, ini merupakan satu pengorbanan. Bukan saya tak mahu kahwin awal, cuma saya seorang yang suka fokus pada sesuatu bidang. Selagi saya belum stabil dalam bidang lakonan, saya tak mahu kahwin.

“Bagaimanapun, syukur tiga tahun kebelakangan ini karier lakonan saya sudah mula stabil. Jadi, saya rasa inilah masanya untuk saya berumah tangga pula,” katanya.

Tambah Haeriyanto, dia tidak memilih artis untuk menjadi suri hidupnya kerana enggan menghadapi sebarang masalah pada masa depan.

“Cukuplah saya seorang yang menjadi anak seni. Saya tidak mahu fikiran terbeban. Cukuplah tekanan yang saya hadapi di lokasi.

“Alhamdulillah, saya bertemu dengan seorang wanita yang sangat memahami diri dan kerjaya saya. Saya begitu bahagia dengannya,” kata Haeriyanto penuh gembira.

Aktiviti terkini

Terbaru, Haeriyanto sibuk di lokasi drama bersiri 26 episod, berjudul Novel Latifah arahan Jet Lee yang diterbitkan oleh Syaz Media.

Pada masa yang sama dia turut menerima tawaran membintangi drama 26 episod, Siapa Bos yang arahan Faisal Ishak.

Dalam diam-diam juga, Haeriyanto menyimpan hasrat menjadi penulis skrip dan pengarah drama dan filem. Kini, dia sedang sibuk menyiapkan skrip untuk filem pertama arahannya Go La Woi!

“Saya sudah memiliki sinopsisnya. Cuma skrip lengkap belum siap lagi sebab saya sibuk dengan berlakon.

“Saya tetap akan siapkan, cuma tidak mahu tergopoh-gapah dalam sesuatu kerja. Sasaran saya mungkin akan mula mengarah filem sulung dalam masa dua tahun lagi,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.