saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 05/02/2008

Mayat pelajar lemas ditemui

KUCHING 4 Feb. - Mayat seorang pelajar kolej yang lemas ketika mandi di Pantai Turtle Beach 1, Similajau di Bintulu, tengah hari kelmarin, berjaya ditemui petang semalam.

Menurut, Ketua Polis Daerah Bintulu, Supritendan Sulaiman Abdul Razak, mayat, Zaidi Zuhairi, 16, berjaya ditemui pasukan mencari dan menyelamat kira-kira pukul 3.45 petang semalam.

Katanya, mayat Zaidi dibawa ke Hospital Umum Bintulu untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga mangsa.

''Manakala usaha mencari dan menyelamat mangsa kedua yang hanya dikenali sebagai Mohd. Arif, 16, akan diteruskan selama 24 jam.

''Operasi pada malam ini akan tertumpu di persisiran pantai dan tengah laut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Pada kejadian kira-kira pukul 12.20 tengah hari kelmarin, 30 pelajar dan guru pengiring dari Kolej Datuk Tuanku Haji Bujang, Miri sedang melakukan perkhemahan pelajar cemerlang di perairan Taman Negara Similajau.

RombonganSetibanya di pantai itu, dua pelajar terbabit dikatakan bermain-main air laut. Namun tanpa diduga, ombak besar muncul lalu menarik kedua-duanya ke dalam air.

Sebelum itu, rombongan pelajar terbabit yang disertai dua guru pengiring dibawa ke pantai yang terkenal sebagai lokasi penyu bertelur oleh enam pemandu pelancong.

Perjalanan ke pantai tempat kejadian berlaku dikatakan mengambil masa selama tiga jam dengan berjalan kaki dari Kompleks Pendaftaran Taman Negara.

Sulaiman berkata, operasi mencari dan menyelamat itu disertai pasukan polis, Jabatan Pertahan Awam (JPA3), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Bintulu Port, Shell Miri, Emergency Rescue Services Malaysia (ERSM) dan Sarawak Forest Corporation (SFC).

Ujarnya, operasi pencarian dari udara dibantu oleh dua buah helikopter kepunyaan Shell dan Polis, manakala pencarian di tengah laut menggunakan dua buah bot kepunyaan polis marin dan Bintulu Port.

''Selain itu, pencarian di pesisiran pantai menggunakan empat buah bot kepunyaan SFC dan Bomba serta dibantu tiga jet ski kepunyaan ERSM,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.