saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 07/02/2008

83 usahawan muda dapat bantuan intensif

KUALA PILAH 6 Feb. - Sebanyak 83 peniaga muda di sini berpeluang menikmati skim bantuan intensif berjumlah RM166,000 di bawah Program Bimbingan Usahawan Muda (PBUM).

Penerimanya, Mohd. Faizul Omar, 22, menyifatkan bantuan tersebut dapat membantu meringankan beban belia sepertinya yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.

''Bantuan yang dihulurkan membuktikan bahawa kerajaan serius dalam membantu belia seperti saya untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan.

''Saya bercadang untuk membesarkan sikit gerai makan yang saya baru usahakan itu dengan wang bantuan ini," kata Mohd. Faizul.

PBUM iaitu salah satu Program Belia Niaga yang dilaksanakan oleh Majlis Penggalakan Ekonomi Belia bertujuan membantu golongan belia terbabit memulakan perniagaan dengan bantuan tidak melebihi RM2,000 seorang.

Menurut Mohd. Faizul, pelbagai program dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan seharusnya dimanfaatkan oleh golongan belia lain.

''Sememangnya pelbagai program dan bantuan yang kerajaan sediakan untuk membantu belia berdikari. Apa yang penting mereka tahu bagaimana untuk merebut peluang ini sebaik mungkin," katanya.

Bagi Saiful Azmir Kamaruddin, 28, seorang pengusaha ternakan ikan air tawar di Rembau, bantuan tersebut walaupun tidak seberapa, ia dapat melaksanakan hasratnya untuk mengembangkan perniagaannya.

''Dengan wang bantuan ini dapatlah saya membeli beberapa lagi kelengkapan menternak ikan yang diperlukan selama ini untuk mengembangkan perniagaan ini," katanya yang sudah empat tahun berkecimpung dalam bidang itu.

Seorang lagi penerima, Anita Gaury, 31, melahirkan rasa gembira kerana layak menerima bantuan tersebut.

Beliau yang selama ini memulakan perniagaan runcit di rumah bercadang untuk menggunakan wang tersebut bagi mengembangkan perniagaannya.

''Setelah beberapa tahun berniaga di rumah saya berharap dapat membesarkan kedai runcit saya dengan wang bantuan ini," katanya.

Penyerahan cek program tersebut kepada peserta disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said pada satu majlis di Kompleks Rakan Muda di sini bersempena dengan lawatan kerja beliau ke Negeri Sembilan hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Belia dan Sukan negeri, Datuk Ir Jamlus Aziz dan Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Hasan Malek.

Sementara itu, pada majlis yang sama, Azalina turut menyampaikan peruntukan bagi program Majlis Perundingan Belia Daerah sebanyak RM30,000 kepada Majlis Belia Daerah Kuala Pilah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.