saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 08/02/2008

Tindakan berpaling tadah gugat Pervez Musharraf

08/02/2008 5:35pm

ISLAMABAD 8 Feb. - Tindakan berpaling tadah dari parti pemerintah Pakistan menjelang pilihan raya Parlimen mencetuskan cerita malang bagi Presiden Pervez Musharraf yang kini dibebani oleh masalah militan dan kenaikan harga barang.

Presiden itu juga berhadapan dengan kemarahan rakyat yang semakin memuncak sejak beliau memegang kuasa lebih lapan tahun lalu.

Kebanyakan penganalisis menjangka, Parti Rakyat Pakistan (PPP) akan memenangi sebahagian besar kerusi pada pilihan raya umum 18 Februari ini berikutan simpati terhadap pembunuhan bekas pemimpinnya, Benazir Bhutto pada 27 Disember lalu.

Sementara itu, Liga Islam Pakistan-N pimpinan seorang lagi bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif dijangka menguasai kerusi di kawasan bandar.

Liga Islam Pakistan-Q (PML-Q) yang pro-Pervez pula dilaporkan bergantung kepada kerusi kawasan luar bandar seperti di Punjab iaitu wilayah terbesar yang memiliki 183 daripada 342 kerusi Dewan Kebangsaan.

Bagaimanapun, setakat ini 13 calon Dewan Kebangsaan dan 18 dewan wilayah meninggalkan PML-Q, termasuk dua anggota Kabinet.

“Saya tidak boleh pergi ke kawasan saya dan menagih undi dengan menjaja nama kerajaan Pervez.

“Saya dapati Pervez dan sekutunya semakin tidak diterima oleh rakyat,” kata Azhar Qureshi, seorang Ahli Parlimen dari bandar Sargodha di Punjab yang berpaling tadah menyertai Nawaz.

Ramai beranggapan Pervez menjadi beban pilihan raya sehingga memaksa mereka menyebelahi pembangkang berikutan tindakannya mengisytiharkan darurat, menangguhkan pilihan raya dan memecat hakim-hakim yang dianggap boleh mengancam kuasanya.

“Sesetengah calon bimbang dengan peluang mereka semasa pilihan raya ini sehingga memaksa mereka berpaling tadah,” kata penganalisis politik, Shafqat Mahmood.

Menurut beliau, sebab lain yang menjadi punca berpaling tadah adalah kepimpinan Chaudhry Shujaat Hussain dan Pervaiz Elahi yang dianggap pengikut aliran lama dan tidak mendapat sokongan meluas rakyat.

“Kebanyakan krisis dalam PML-Q berkaitan dengan cara Chaudhry dan Pervaiz mengendalikan parti.

“Mereka hanya selesa dengan orang yang mempunyai hubungan atau setia kepada mereka,” ujar Shafqat.

– AP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.