saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 08/02/2008

Rumah mampu milik di Taman Krubong Perdana


Kakitangan GJH Developement menunjukkan isyarat bagus terhadap model Taman Krubong Perdana di Melaka semalam.


MELAKA 7 Feb. - GJH Development Sdn. Bhd., sebuah syarikat pemaju perumahan dan hartanah terkenal di negeri ini memperkenalkan projek perumahan terbesarnya di kawasan Krubong dengan tawaran harga berpatutan berkonsep mampu milik.

Pengurus Projek GJH Development Sdn. Bhd., Choo Muk Sam berkata, projek tersebut yang diberi nama Taman Krubong Perdana mula dilancarkan pada Disember tahun lalu, menyediakan lebih 1,000 unit kediaman dan premis perniagaan.

Menurutnya, rumah kediaman meliputi 700 unit banglo, 51 unit khas untuk bumiputera berharga RM108,000 ke atas, 52 unit kedai pejabat dua tingkat pada harga RM220,000 dan 304 unit rumah kos rendah yang dijual pada RM35,000.

''Fasa pertama projek itu iaitu Fasa 1A menawarkan 200 unit kediaman banglo dibahagikan kepada tiga jenis iaitu Alamanda dan Borgainvilla yang djual pada harga RM159,000 ke atas.

''Manakala jenis Carmelia dijual pada harga RM186,000 namun rumah jenis ini sudah habis dijual pada waktu yang singkat," katanya di sini, hari ini.

Menurut Muk Sam, di bawah projek sama, syarikat itu turut melancarkan Fasa 1B baru-baru ini dengan menawarkan 200 unit rumah banglo dari jenis yang sama dan ia melepasi tahap jualan 90 peratus.

Setelah mendapat sambutan menggalakkan daripada pembeli, pihaknya turut memperkenalkan Fasa 1C iaitu rumah banglo jenis Alamanda dan Borgainvilla dinaik taraf dan dipertingkatkan kualitinya.

''Di atas kerja-kerja menaik taraf kualiti tersebut, harga rumah jenis banglo itu dinaikkan kepada RM169,000," katanya.

Pada masa sama, beliau memberitahu, pembeli yang berminat mendiami kawasan tersebut tidak perlu bimbang mengenai kemudahan awam yang disediakan.

''Di bawah projek ini, kita menyediakan konsep perumahan tersusun dengan mengekalkan kehijauan taman termasuk membina tasik buatan bagi mengimbangi ekosistem di kawasan tersebut.

''Selain tasik buatan, syarikat ini turut menyediakan kawasan permainan, tanah lapang dan laluan joging bagi membolehkan penduduk menjalankan kegiatan riadah di kawasan kediaman masing-masing," kata beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.