saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 09/02/2008

Industri kita tidak terjejas pengharaman sarung tangan


KAKITANGAN sebuah syarikat pengeluar sarung tangan getah tempatan membungkus produk itu untuk dieksport. Publisiti buruk lanjutan daripada langkah penamatan penggunaannya oleh Hospital Johns Hopskin Amerika Syarikat tidak akan menjejaskan eksport Malaysia.


Pengharaman penggunaan sarung tangan getah oleh sebuah hospital terkemuka Amerika Syarikat (AS) yang memberi gambaran buruk terhadap salah satu eksport utama Malaysia itu, tidak akan memberi kesan kepada pengeluar-pengeluar sarung tangan getah tempatan.

Pada pertengahan Januari lalu, Hospital Johns Hopskins AS menerusi laman webnya, mengumumkan untuk menamatkan penggunaan kesemua sarung tangan getah dan sebahagian barangan perubatan berasaskan getah bagi menghindar berlakunya tindak balas alahan.

Tindak balas alahan yang dikenali sebagai Anafilaksis itu dikatakan jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan mengah, degupan jantung yang pantas dan penurunan tekanan darah secara tiba-tiba.

Penganalisis OSK Investment Bank Bhd., Thong Pak Leng berkata, dakwaan dan langkah menamatkan penggunaan sarung tangan getah itu, tidak memberi kesan besar ke atas pengeluaran produk tersebut oleh syarikat-syarikat tempatan.

“Kami difahamkan bahawa punca kebimbangan pihak hospital itu adalah berkaitan sarung tangan getah yang dianggap mengandungi protein tinggi dan menjadi punca timbulnya alahan.

“Namun begitu, pihak berkuasa tempatan sejak 15 tahun lalu telah membangunkan piawaian yang dikenali sebagai program SMG (Standard Sarung Tangan Malaysia) kepada kesemua pengeluar tempatan bagi mematuhi had kandungan protein yang rendah bagi tujuan eksport,” katanya.

Menurut beliau, bagi sarung tangan bebas debu, kandungan protein adalah di bawah 50 mikrogram untuk setiap desimeter dan disokong oleh pelbagai ujian klinikal serta diyakini tidak akan menyebabkan alahan.

“Amat berbeza dengan sarung tangan getah khususnya berkualiti rendah keluaran negara lain yang memiliki kandungan protein sehingga 200 mikrogram untuk setiap desimeter yang boleh menyebabkan alahan.

“Produk sebegitu selalunya diimport oleh negara-negara miskin atau digunakan bukan dalam bidang perubatan,” tambah beliau.

Katanya, oleh kerana sarung tangan yang berprotein tinggi seperti itu tidak dieksport ke AS khususnya bagi kegunaan perubatan, maka perkara tersebut tidak akan menjejaskan pengeluaran sarung tangan getah tempatan.

Selain itu, kata Pak Leng, faktor harga produk alternatif yang lebih tinggi juga akan menyebabkan pengguna terus memilih sarung tangan getah.

“Pada masa ini, harga sarung tangan getah asli berharga kira-kira AS$26 (RM84) hingga AS$30 (RM97) setiap 1,000 pasangsarung tangan, manakala harga sarung tangan getah sintetik pula adalah 30 peratus lebih tinggi.

“Disebabkan kosnya yang tinggi, kami yakin pengguna akan terus menggunakan sarung tangan getah asli,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Majlis Penggalak Getah Malaysia (MREPC), Dr. Esah Yip menyifatkan pengumuman oleh Hospital Johns Hopkins itu sebagai tindak balas berlebihan dan mengelirukan.

Menurut beliau, teknologi yang diguna pakai oleh pengeluar Malaysia sejak lewat 1990-an telah mengurangkan dengan begitu drastik kehadiran sisa protein dalam sarung tangan lateks kepada kurang daripada 50 mikrogram untuk setiap desimeter.

Penggunaan sarung tangan seumpama itu telah ditunjukkan oleh beberapa kajian hospital bebas di Amerika Syarikat, Kanada dan Eropah, katanya.

“Keputusan Johns Hopkins nampaknya tidak mematuhi dengan apa yang dibuat oleh negara lain dan ia berdasarkan kepada data lama yang tidak lagi diguna pakai dan tidak daripada data kelas baru sarung tangan lateks rendah protein yang ada pada hari ini,” kata Yip.

“Isu alahan patut diatasi tetapi bukan dengan mengharamkan penggunaan sarung tangan lateks tetapi dengan mengguna sarung tangan getah bebas habuk berprotein rendah.

“Sementara itu, individu yang mengalami alahan patut menggunakan sarung tangan bukan lateks yang berkualiti seperti yang dilakukan oleh hospital-hospital lain di AS, Jerman dan Finland,” kata beliau.

Yip berkata, tiada bukti yang kejutan anafilaksis disebabkan oleh sarung tangan getah sehingga hari ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.