saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 10/02/2008

Rifa & Ejie tidak patah semangat

SEKITAR tahun 1990-an, industri muzik tempatan menyaksikan kemunculan begitu banyak kumpulan penyanyi wanita. Antaranya Feminin, M’Steen, Res2, Freshie, Elite, G.I.M dan beberapa kumpulan lain.

Industri muzik tempatan ketika itu membuktikan kehadiran penyanyi kumpulan wanita tidak mampu bertahan lama. Malah, pada dekad ini nama artis berkumpulan wanita seperti Princess, Wildkatz dan Lips seolah-olah hilang begitu sahaja.

Seperti biasa, pada awal kemunculan, masing-masing begitu bersemangat untuk berjaya dalam bidang muzik.

Entah di mana silapnya, kumpulan yang dianggotai oleh gadis-gadis manis dan jelita itu tidak boleh kekal lama. Selepas muncul dengan satu, dua atau tiga album, akhirnya kumpulan itu mengambil keputusan berpecah.

Lalu berkuburlah nama yang pada mulanya berapi-api untuk berjuang dalam industri muzik.

Namun fenomena ini tidak mematahkan semangat dua penyanyi wanita yang memulakan karier dengan menganggotai penyanyi wanita berkumpulan untuk tampil atas gabungan nama masing-masing.

Bagi mereka yang tidak mengenali Ejie dan Rifa, sebenarnya mereka pernah menghangatkan dunia hiburan satu ketika dahulu.

Ejie atau Shaziena Wahid merupakan bekas anggota kumpulan Freshies dan Rifa (Sharifah Azizah Syed Zin) pula bekas anggota kumpulan Wildkatz dan pernah menganggotai kumpulan Elite.

Mungkin ramai yang tidak mengingati dua penyanyi ini yang kian meningkat dewasa tetapi masih memilih alternatif pop rock sebagai konsep album.

Album duo daripada Rifa dan Ejie sudah pun kedengaran di telinga para penggemar dunia hiburan masa kini. Rifa memberitahu, selepas perpecahan Wildkatz dan Elite, dia sendiri masih menerima undangan menyanyi.

Malah, wanita yang berasal dari Kuala Lumpur ini menetapkan matlamat dalam bidang perniagaan kecil-kecilan sebagai bekalan pada masa hadapan.

“Arifa Entertainment merupakan usaha saya untuk berjaya dalam bidang seni. Walaupun banyak saingan dalam industri muzik, saya tetap mengambil keputusan untuk tetap mencuba dalam bidang ini.

“Malah, melalui syarikatnya sendiri, Rifa menerbitkan album tersebut.

“Selama hampir tiga tahun tanpa album, saya rasa rindu untuk menyanyi. Dengan modal yang ada, saya berjaya menubuhkan syarikat ini sebagai permulaan saya mengembangkan bakat serta minat yang ada,” jelasnya.

Rifa memberitahu, pemilihan Ejie bukan sekadar suka-suka tetapi kerana bakat rakan pasangan duetnya itu serta pengalaman yang ada pada dirinya.

“Nampaknya peminat dapat menerima kehadiran kami dan lagu ‘Benar-benar’ mendapat sambutan di corong radio,” ujarnya.

Bagi Ejie, 33, status isteri dan ibu kepada dua orang anak tidak menghalangnya terus mencari rezeki dalam bidang nyanyian.

Setelah 13 tahun tanpa album, Ejie kembali menyanyi di kelab pada tahun 2006.

“Masa itu, anakanak saya pun sudah besar dan memudahkan saya bergerak.

“Walaupun berkeluarga, ia bukan masalah untuk saya bertapak semula dalam bidang seni,” ujar Ejie.

Dalam pada itu, Rifa dan Ejie berharap mereka akan dikenali semula dan diterima peminat.

“Sejarah mungkin tidak akan berulang dengan adanya sokongan semua pihak di luar sana.

“Walaupun usia semakin meningkat berbekalkan pengalaman serta usaha yang ada, mereka yakin mengecapi kejayaan,” jelas Ejie.

Ketika ini, kedua-duanya sibuk dengan pembikinan klip video dan promosi album baru yang telah dipasarkan September tahun lalu.

Mereka bergabung melahirkan album bersama dengan mempertaruhkan lagu-lagu ciptaan komposer muda seperti Cat Farish, Edry KRU dan Along Exist, selain ciptaan mereka sendiri.

Tampil dengan lapan buah lagu iaitu empat daripadanya adalah lagu rancak sementara tiga lagi merupakan lagu perlahan dan sebuah lagu berentak sederhana.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.