saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 10/02/2008

Penumpang kereta api disembur cat mudahkan tindakan diambil

JAKARTA 9 Feb. - Penumpang kereta api yang duduk di atas bumbungnya akan disembur dengan cat dalam usaha memudahkan pihak berkuasa menangkap mereka.

Kereta api elektrik yang menghubungkan antara ibu negara itu dengan bandar-bandar berhampiran sentiasa penuh sesak dengan penumpang pada waktu puncak dan ramai antara mereka duduk di atas bumbung kerana kehabisan tempat duduk ataupun mengelak daripada membayar tambang.

Selepas beberapa usaha mengusir mereka sebelum ini gagal, syarikat kereta api milik negara, PT Kereta Api, bercadang untuk mula menyembur cat pada mereka yang masih berdegil mulai bulan depan.

Langkah ini akan memudahkan pihak berkuasa mengenal pasti dan menangkap mereka ini apabila turun dari kereta api itu.

"Kami akan menyita kad pengenalan mereka dan memberi mereka tiket.

"Kami akan menghantar salinan tiket kepada keluarga mereka ketua kampung dan majikan dan kalau mereka adalah pelajar ia akan dihantar kepada pengetua mereka," kata jurucakap syarikat, Akhmad Sujadi yang menggambarkan langkah itu sebagai sesuatu yang unik.

Walaupun mencuri naik di atas bumbung kereta api adalah merbahaya dan boleh membawa maut tetapi para penumpang tidak mengendahkannya ekoran dari sistem pengangkutan yang tidak cekap dan mahal negara itu.

Sekurang-kurangnya 53 orang terbunuh akibat duduk di atas bumbung kereta api dalam tempoh dua tahun, menurut akhbar the Post. - Reuters

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.