saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 12/02/2008

Masyarakat Siam ikrar terus sokong BN

PENGKALAN HULU 11 Feb. - Masyarakat keturunan Siam di sekitar Belukar Semang dekat sini bertekad untuk terus memberi sokongan penuh kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Penghulu Mukim Belukar Semang, Ban-Theng Dinren, 56, berkata, kesetiaan lebih 2,000 pengundi keturunan Siam di kawasannya memang sukar digugat apatah lagi dengan jasa besar kerajaan BN selama ini yang sentiasa peka terhadap nasib mereka.

‘‘Walaupun kami cuma penduduk minoriti di Perak tetapi kampung-kampung kami tidak pernah ketinggalan dalam arus pembangunan yang dijayakan oleh kerajaan.

‘‘Segala kemudahan asas untuk penduduk kampung telah tersedia sejak sekian lama dan kehidupan kami memang jauh lebih selesa jika hendak dibandingkan sewaktu 20 tahun lalu,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Ban-Thern berkata, di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pengkalan Hulu, nasib lebih 2,000 penduduk keturunan Siam di situ terus terbela.

Pelaksanaan

Katanya, antara yang paling memberi kesan kepada sosioekonomi mereka ialah pelaksanaan pelbagai projek pertanian seperti tanaman getah secara berkelompok hingga membolehkan mereka mempunyai pendapatan lumayan.

Jelas beliau, peluang pendidikan kepada keturunan Siam juga tidak pernah diabaikan malah diberi secara sama rata sebagai mana yang diterima penduduk atau keturunan lain.

‘‘Sebenarnya kami amat berbangga kerana sudah ramai anak-anak keturunan Siam yang berjaya dalam pelajaran bukan sahaja menjejakkan kaki ke universiti tempatan malah ada juga yang melanjutkan pelajaran di luar negara.

‘‘Kami juga tidak pernah berasa terpinggir di negara ini, sebab itu kami sentiasa yakin dengan kepimpinan kerajaan BN dan akan terus setia menyokongnya,” kata Ban Thern.

Tambah beliau, antara projek terbaru yang menjadi lambang keprihatinan kerajaan BN kepada kaum minoriti Siam di kawasannya ialah dengan penubuhan Skuad Sukarelawan Bomba yang lengkap dengan sebuah jentera baru sebagai langkah awal pencegahan kebakaran.

Pada masa sama, katanya, kerajaan negeri turut memberi jaminan untuk melaksanakan projek pembinaan jalan raya baru yang akan menghubungkan mukim Belukar Semang dengan jalan raya utama ke Kedah dan Pulau Pinang.

‘‘Projek pembinaan jalan raya itu memang sangat kami nantikan kerana ia akan memudahkan lagi perjalanan kami sama ada untuk menuju ke Pulau Pinang atau Kedah.

‘‘Kami yakin projek pembinaan jalan raya itu akan memajukan lagi kawasan perkampungan Siam di sini dan akan meningkatkan tahap ekonomi penduduk,” jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.