saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 14/02/2008

Fazura pukul bila rambut ditarik

KUALA LUMPUR 13 Feb. - Pelakon, Fazura memberitahu bahawa dia memukul seorang suri rumah dengan kasut apabila rambutnya ditarik dengan kuat dari arah belakang selepas berlaku pergelutan antara mereka berdua di sebuah bar sehingga menyebabkan bajunya terkoyak dan baju dalamnya terkeluar.

Fazura atau Nur Fazura Sharifudin, 24, dalam keterangan membela dirinya di Mahkamah Majistret di sini hari ini berkata, tarikan rambut yang terlalu kuat dilakukan oleh Geraldine Mariana Wong, 33, sehingga menyebabkannya 'terasa seperti kulit kepala nak tercabut.'

Menceritakan kejadian yang berlaku empat tahun lalu itu, Fazura berkata, dia tiba di Bar Luna Pacific Regency Hotel & Apartments, kira-kira pukul 11. 45 malam bersama dua rakannya untuk bertemu teman lelakinya, Ahmad Razman Tan Sri Ahmad Razali.

Katanya, kira-kira 20 minit kemudian, dia nampak Geraldine tiba lalu terus menuju ke arah Ahmad Razman dan selepas meminta minuman keras, Chivas, wanita itu cuba menggoda teman lelakinya sambil tersenyum sinis kepadanya.

Fazura kemudian telah meminta penjelasan Ahmad Razman dan teman lelakinya itu menyatakan dia sedang menenangkan Geraldine yang sedang mabuk dan cuba membuat kecoh.

''Selepas itu, saya menghampiri beberapa rakan Ahmad Razman dan mereka memberitahu bahawa Geraldine telah memberitahu mereka yang dia (Geraldine) cuba cari gaduh dengan saya dan mengajak kawan-kawan Ahmad Razman turut serta,'' katanya.

Fazura, pelakon filem dan drama bersiri 'Gol & Gincu' memberi keterangan semasa pemeriksaan utama oleh peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hassan ketika membela diri atas tuduhan mencederakan Geraldine di Bar Luna Pacific Regency Hotel & Apartments, Jalan Kia Peng di sini kira-kira pukul 1.20 pagi, 19 Disember 2004.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Menurut Fazura, selepas dia sendiri terdengar Geraldine bertanyakan kepada rakan Ahmad Razman mengapa dia cemburukan wanita itu, dia telah bersemuka dengan wanita itu dengan niat untuk bertanyakan jika Geraldine ada masalah dengannya.

Fazura selaku saksi pembela pertama berkata, dia memberitahu Geraldine yang dia bersimpati dengan penceraian yang baru dialami wanita itu dan meminta supaya Geraldine tidak menganggu dan memalukannya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.