saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 14/02/2008

Kisah di sebalik pembubaran

PUTRAJAYA 13 Feb. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada asalnya bercadang untuk membubarkan Parlimen minggu depan.

Namun, disebabkan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin akan berlepas untuk bercuti di luar negara malam ini, cadangan itu diubah bagi membolehkan Perdana Menteri mendapatkan perkenan Seri Paduka hari ini.

Jadi malam tadi, Perdana Menteri telah mengubah fikirannya (membubarkan Parlimen hari ini), kata seorang pembantu Perdana Menteri di sini hari ini.

Semalam, ketika bercakap kepada wartawan selepas satu program di Bangi dekat sini, Abdullah menafikan desas-desus bahawa beliau akan mengumumkan pembubaran Parlimen pada 13 Februari.

Beliau turut menolak saranan pemberita bahawa mesyuarat Kabinet hari ini adalah yang terakhir yang akan dipengerusikan oleh beliau sebelum pilihan raya umum ke-12.

Perdana Menteri pada sidang akhbar mengumumkan pembubaran Parlimen di sini hari ini menjelaskan, ketika bercakap kepada pemberita di Bangi semalam, beliau tidak boleh memberikan sebarang bayangan mengenai tarikh pembubaran Parlimen kerana Yang di-Pertuan Agong belum membuat keputusan.

‘‘Macam mana saya nak buat kenyataan atau memberi isyarat. Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu mesti buat keputusan,’’ ujar Perdana Menteri.

Malah Perdana Menteri juga enggan mengulas mengenai angka 13 yang dikatakan merupakan kegemarannya.

‘‘Yang penting tarikh ini Yang di-Pertuan Agong telah memberi keputusan, telah berkenan supaya Parlimen dibubar,’’ jelasnya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.