saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 15/02/2008

Petronas Gas untung RM345j

KUALA LUMPUR 14 Feb. - Petronas Gas Bhd. (Petronas Gas) mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM345.464 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Disember 2007, meningkat dari RM333.814 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.

Petronas Gas dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, keuntungan sebelum cukai yang tinggi itu adalah hasil daripada kos yang rendah.

Sementara itu, pendapatan Petronas Gas meningkat kepada RM769.781 juta dari RM752.855 juta berikutan meningkatnya pendapatan jumlah bahan yang diproses.

Syarikat itu berkata, pendapatan utiliti dijangka meningkat, hasil daripada jualan tinggi kepada pelanggan.

Prospek pendapatan bagi perniagaan pemprosesan dan penghantaran gas akan terus bergantung kepada tahap pengeluaran gas huluan, katanya.

Petronas Gas berkata, bagaimanapun kos operasi dijangka mencatat peningkatan yang mungkin memberi kesan kepada keseluruhan prestasi bagi tahun ini.

Di Melbourne (Australia), Bernama melaporkan Petronas memeterai perjanjian strategik dengan Pertubuhan Penyelidikan Sainstifik dan Perindustrian Komanwel (CSIRO) berpangkalan di Australia, yang akan merangsang pembiayaan bagi kegiatan penyelidikan dalam teknologi cari gali dan pengeluaran (E&P) serta aplikasi tenaga lain.

Eksekutif Kumpulan bagi Tenaga CSIRO, Bev Ronalds berkata, perjanjian itu menjadikan rangkaian projek kerjasama CSIRO dengan Petronas, termasuk kerja E&P petroleum, bahan lanjutan, teknologi arang batu dan tenaga boleh diperbaharui sebagai hubungan yang rasmi.

"Usaha meningkatkan kecekapan cari gali dan pengeluaran petroleum kekal sebagai fokus bagi Petronas, dan beberapa projek CSIRO akan membantu mereka menangani cabaran itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.