saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 15/02/2008

KPDNHEP tidak kawal semua harga barang

KUCHING 14 Feb. - Orang ramai perlu memahami bahawa bukan semua harga barang dikawal oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Timbalan Ketua Setiausaha KPDNHEP, Dr. Muzahed Masruri berkata, kerajaan hanya mengawal 11 barang keperluan tertentu dan bekalan manakala tambahan beberapa jenis barang sewaktu musim perayaan.

Barang kawalan adalah seperti ayam, daging lembu tempatan, daging kerbau import (India), ikan kembung hitam tempatan, telur ayam gred A, kacang panjang, kubis bulat (Indonesia), cili merah, kelapa biji, bawang merah (Thailand) dan ubi kentang (Indonesia).

Menurutnya, orang ramai tidak boleh beranggapan bahawa semua harga barang adalah di bawah kuasa kementerian ini sedangkan kerajaan telah menetapkan hanya 11 barang yang perlu dikawal.

''Kerajaan tidak mahu negara mengamalkan cara pemerintahan komunis atau sosialis dengan mengenakan kawalan terhadap apa-apa pun termasuk harga barang.

''Barang seperti makanan yang sudah siap atau air minuman umpamanya adalah di luar kawalan kementerian kecuali peniaga terbabit tidak meletakkan tanda harga,'' katanya ketika berucap pada majlis Taklimat Isu Harga Barang di Tebingan Kuching di sini hari ini.

Dr. Muzahed berkata, bagi barang yang tidak dikawal harganya, pengguna perlu bijak dalam membeli barang itu dengan membandingkan harga di beberapa premis kedai yang lain di samping tawar menawar dengan peniaga.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.