saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 16/02/2008

Thirunama bermasalah kecelaruan personaliti

KUALA LUMPUR 15 Feb. - Pakar Psikiatrik, Tan Sri M. Mahadevan memberitahu Suruhanjaya Diraja Siasatan Klip Video hari ini bahawa adik Datuk V. K. Lingam, Thirunama menghadapi masalah kecelaruan personaliti.

Menurut Mahadevan, 78, beliau membuat kesimpulan itu berdasarkan pemerhatian serta pengakuan yang ditulis sendiri oleh Thirunama mengenai masalah-masalah yang dihadapinya.

Beliau yang merupakan saksi ke-21 dan terakhir bagi suruhanjaya itu mengaku Thirunama tidak mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri.

Mahadevan bagaimanapun menjelaskan, ia hanya salah satu daripada simptom kecelaruan personaliti selain rasa tidak berguna, sedih dan rasa tidak ketentuan dan lain-lain yang dialami oleh Thirunama.

Semasa disoal oleh peguam yang mewakili Lingam, R. Thayalan dan Christopher Leong yang mewakili Badan Peguam Malaysia, Mahadevan tidak merujuk kes Thirunama secara spesifik.

Beliau sebaliknya kerap memberi pandangan secara umum bagi penyakit tersebut berdasarkan simptom-simptom yang ada pada Thirunama.

Dalam masa yang sama, Mahadevan mengaku mengeluarkan kenyataan bahawa "Thirunama tidak gila, tetapi berperangai teruk (you are bad, not mad)".

Sementara itu, menjawab pertanyaan ahli suruhanjaya, Datuk Mahadev Shankar, Mahadevan mengaku bahawa seseorang yang tidak ada kecelaruan personaliti boleh mengada-adakan cerita agar dikata mempunyai masalah tersebut.

Agak mengejutkan semua yang hadir hari ini apabila pakar psikiatrik itu memberitahu tiada siapa yang membayar bil Thirunama kerana rawatan itu diberi secara percuma.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.