saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 18/02/2008

Salah pilih bawa padah kepada negara

“SAYA berharap pengundi faham isu-isu dalam negara, beri penilaian secara objektif dan beri undi kepada Barisan Nasional (BN)?” Itu adalah antara inti pati nasihat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengisytiharkan pembubaran Parlimen pada hari Rabu lepas.

Abdullah juga begitu yakin BN akan meraih kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang akan dilaksanakan pada 8 Mac 2008. Pengamatan ini, menurut beliau adalah berdasarkan prestasi parti memerintah yang telah mengotakan segala janji kepada rakyat.

Tidak dapat disangkal lagi terdapat segelintir rakyat Malaysia terutama mereka yang mempunyai hak mengundi mengambil pendirian santai terhadap proses pilihan raya kerana pada pendapat mereka tiada beza parti mana yang memerintah.

Tetapi perlu diingat kesan yang bakal diterima jika membuat keputusan yang salah akan membawa padah kepada negara. Pengundi juga tidak boleh menjadikan pilihan raya sebagai medan ujian untuk mencuba sesuatu yang baru kerana lazimnya perkara yang baru akan menarik perhatian.

Ramai yang sudah tentu akan menggunakan analogi proses pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS) yang sedang berlangsung sebagai bukti bahawa demokrasi membolehkan sesuatu yang tidak dijangka mampu dilaksanakan.

Tidak mustahil pada awal tahun 2009 akan datang rakyat AS akan mempunyai Presiden kulit hitam buat julung kalinya. Tidak keterlaluan juga, kemungkinan besar mereka akan memperoleh Presiden wanita buat pertama kali dalam sejarah negara tersebut.

Minat dan sifat terbuka yang ditunjukkan oleh rakyat AS pada pemilihan Presiden kali ini begitu luar biasa sekali kerana apa jua keputusan yang bakal dibuat, ia mempamerkan perjalanan demokrasi yang terbaik.

Tetapi suasana dan warna politik Malaysia dan AS adalah jauh berbeza untuk membandingkan cita rasa rakyat masing-masing. AS telah mengecapi kemerdekaan jauh lebih lama iaitu lebih 230 tahun yang lampau berbanding Malaysia yang baru berusia 50 tahun.

Dari segi kestabilan dan kesinambungan politik AS, tidak kira siapa yang menjadi Presiden sama ada calon Demokrat, Republikan atau Bebas tidak banyak perubahan dasar drastik yang akan berlaku. Sebab itu rakyat kulit putih AS tidak gusar Presiden mereka berkulit hitam kerana perubahan dasar secara mendadak adalah tidak dijangkakan.

Berbalik kepada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang akan diadakan pada 8 Mac ini, adakah rakyat Malaysia mempunyai ketabahan untuk mencuba sesuatu yang baru adalah satu hipotesis yang begitu menarik untuk diperbahaskan.

Apakah sebenarnya rakyat Malaysia sudah bersedia seperti mana rakyat AS bersedia mencuba sesuatu yang tidak pernah terfikir akan berlaku sememangnya menarik perhatian bukan sahaja di Malaysia malah di negara jiran terdekat.

Mungkin dalam keghairahan sebahagian golongan pengundi yang mahu mencuba yang baru, mereka terlupa bahawa kestabilan, keharmonian dan pembangunan yang dikecapi selama 50 tahun merdeka akan terhakis sedikit demi sedikit.

Tidak dapat dinafikan bahawa pemerintahan gabungan kerajaan Perikatan dan seterusnya BN telah berjaya melonjak Malaysia ke arah negara membangun. Tidak dapat dinafikan juga kerjasama parti politik dalam BN juga berjaya mengekalkan keharmonian dan kestabilan walaupun rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa.

Apa yang telah berlaku terhadap Timor Leste kebelakangan ini adalah satu contoh nyata bagaimana sedikit keretakan dalam keharmonian boleh membawa malapetaka yang begitu besar.

Kestabilan dan persefahaman yang telah lama terjalin lazimnya diambil mudah oleh sesetengah golongan rakyat Malaysia kerana mereka berpendapat tidak kira parti mana yang memerintah, apa yang dikecapi selama ini tetap dapat dikekalkan.

Tetapi pengundi perlu berhati-hati dalam mencuba sesuatu yang baru dan yang belum pernah diuji, kerana terlajak salah pilih sukar untuk kembali kepada yang asal.

* Prof. Madya Sr. Dr. Azmi Hassan ialah Pengarah Pusat Dasar Teknologi & Kajian Antarabangsa (CENTEPIS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.