saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 18/02/2008

Bengkel sopan anggun

CITA rasa fesyen yang semakin pelbagai berikutan pengaruh aliran fesyen dari luar negara, bukan menjadi tiket khususnya bagi wanita untuk berfesyen sesuka hati tanpa mengambil kira cara, tempat dan masa mengayakannya.

Ini kerana, pilihan fesyen pakaian sedikit sebanyak mencerminkan imej dan personaliti diri si pemakainya. Bagi wanita berkerjaya, imej yang dibawa merupakan pantulan imej organisasi serta syarikat yang diwakili.

Selagi kita berurusan dengan individu yang berbeza sama ada secara formal atau tidak dan selagi kita memerlukan orang lain untuk memenuhi keperluan kita dalam kehidupan, selagi itulah istilah imej akan menjadi sesuatu yang sangat penting untuk diri kita.

Menurut pengasas Positif Grooming, sebuah syarikat perunding imej, Yasmin Siddik, kebanyakan wanita hari ini memikirkan imej itu adalah untuk individu dan hanya segelintir sahaja yang memikirkannya untuk organisasi.

Padahal katanya, imej diri adalah mencerminkan imej syarikat yang dinaungi sama ada baik mahupun buruk.

“Sekalipun kita seorang isteri kepada pemimpin masyarakat, cara dan apakah pakaian yang sesuai untuk dipakai perlu ada ‘empati’, iaitu ada rasa rendah diri serta mengikut keadaan dan masa,” katanya.

Perbezaan

Baginya, berpakaian mengikut kesesuaian dengan pekerjaan adalah satu kemestian kerana perlu ada perbezaan antara pakaian kerja, pejabat dan karporat.

“Sebagai contoh, wanita berkerjaya yang mengenakan tudung, perlu menonjolkan imej yang hebat di mana asas dan prinsip berpakaian itu perlu berdiri di landasan yang betul.

“Mereka harus mencerminkan kesopanan dan anggun dalam berpakaian daripada cara pemakaian tudung, potongan pakaian, pilihan fabrik, warna sehingga perihal kasut sebagai padanan.

“Semua itu memberi kesan pada imej seseorang,” katanya.

Beliau yang aktif mengendalikan bengkel dan kursus penampilan diri di organisasi korporat dan kerajaan berpendapat, wanita berkerjaya dan profesional perlu memiliki daya kreativiti berkaitan imej diri, selain inovatif dalam pengetahuan untuk memajukan diri dan organisasi.

Menyedari imej wanita sebagai pekerja memainkan peranan penting dalam peningkatan kualiti organisasi dari segi imej dan keyakinan masyarakat, P Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. (UP&D), dengan kerjasama Positif Grooming Sdn. Bhd., dan Hotel Legend, Kuala Lumpur, bakal menganjurkan bengkel Sopan dan Anggun: Etiket Wanita di Pejabat.

Melalui bengkel sehari itu, Yasmin akan berkongsi pengalaman berkaitan dengan peningkatan personaliti dan imej diri, kepentingan ilmu etiket sosial, interaksi dan diplomasi.

Turut ditekankan ialah tentang pemilihan pakaian dan penampilan diri, pelbagai gaya tudung dan pemilihan aksesori yang sesuai.

“Bengkel ini diadakan khas untuk wanita berkerjaya kerana imej wanita sebagai pekerja memainkan peranan penting dalam peningkatan kualiti organisasi terutama dari segi imej dan keyakinan masyarakat.

“Melalui bengkel ini peserta dapat meningkatkan pengetahuan tentang penampilan diri dan juga boleh diaplikasikan untuk menjaga kualiti dan imej organisasi,’’ katanya.

Pada bengkel itu nanti, Yasmin juga akan menampilkan buku terbarunya Sopan dan Anggun: Pakaian Korporat, Pejabat dan Kerja, yang memberi pendedahan dan ilmu kepada wanita berkerjaya khususnya dari segi membina personaliti diri.

Bengkel yang akan diadakan di Hotel Legend pada 27 Februari ini, turut memberikan tip-tip cara berinteraksi dan bertoleransi secara positif dan efektif ketika berkomunikasi menyampaikan maklumat.

Sementara itu, para peserta bengkel berpeluang merebut hadiah bernilai RM16,000 yang disediakan oleh pihak penaja iaitu Rafflesia dan Hotel Legend.

Bayaran bagi setiap penyertaan adalah RM220,00 termasuk buku Sopan dan Anggun: Pelbagai Gaya Bertudung, majalah Harmoni, cenderahati dan sijil penyertaan. Untuk keterangan lanjut orang ramai boleh melayari laman web mybooks www.mybooks.com. my atau menghubungi di talian 03 92856577.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:01
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.