saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 19/02/2008

MIUP bantu rampas Permatang Pauh

BUKIT MERTAJAM 18 Feb. – Walaupun belum membuat permohonan rasmi untuk menganggotai Barisan Nasional (BN), Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) sudah menyusun strategi untuk membantu parti BN merampas kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-12 ini.

Presiden MIUP, Datuk S. Nallakaruppan berkata, beliau sudah mengarahkan ahli-ahli parti itu yang kini mencecah 3,000 orang di seluruh Pulau Pinang untuk bekerja keras membantu calon-calon BN.

“Selepas 24 Februari (hari penamaan calon), MIUP akan membuat satu kejutan. Saya akan pergi ke Permatang Pauh dan banyak perkara akan dinyatakan di sana,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan MIUP cawangan Pulau Pinang di Hotel Sunway di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi MIUP Pulau Pinang, L. Balasupramaniyam dan Setiausaha Kehormat parti, Edward Joseph.

Beliau bagaimanapun menafikan tujuannya untuk pergi ke Permatang Pauh adalah atas dasar serangan peribadi sebaliknya semata-mata membantu BN dalam mendapatkan semula kerusi Parlimen itu.

Nallakaruppan pernah menjadi Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kepong sebelum meninggalkan parti itu pada 25 Mei tahun lepas atas alasan PKR tidak berminat membantu masyarakat India.

Selain membantu calon di Permatang Pauh, beliau memberitahu, partinya juga akan membantu calon-calon daripada parti komponen BN di negeri lain.

“Kalau Presiden MIC (Datuk Seri Samy Vellu) telefon saya sendiri dan minta sokongan, kita tengoklah. Tapi buat masa ini, pemimpin lain dari UMNO, MCA, Gerakan malah PPP sendiri sudah telefon saya minta sokongan dalam pilihan raya akan datang.

“Samy bukan musuh saya tetapi saya ada prinsip saya sendiri dan juga MIUP,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kumpulan Hindu Rights Action Force (Hindraf), Nallakaruppan berkata, sebagai seorang yang berketurunan India, beliau bersimpati dengan anggota kumpulan tersebut.

Bagaimanapun, katanya, tindakan kumpulan tersebut mengadakan demonstrasi jalanan adalah satu perkara yang salah dan bukan budaya Malaysia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.