saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 20/02/2008

Populariti Rudd melonjak -- Pemimpin paling disukai rakyat Australia dalam tempoh 10 tahun

SYDNEY 19 Feb. – Populariti Perdana Menteri, Kevin Rudd melonjak ke paras tertinggi pernah dicatatkan untuk seorang pemimpin Australia berikutan tindakan beliau memohon maaf kepada kaum asli negara ini minggu lepas.

Tinjauan Newspoll yang disiarkan dalam akhbar Australian hari ini menunjukkan tahap sokongan terhadap Rudd pada paras 70 peratus sementara pemimpin pembangkang, Brendan Nelson hanya mendapat sokongan pada tahap sembilan peratus.

Keputusan itu bermakna Rudd menjadi Perdana Menteri paling popular sejak tinjauan sedemikian mula dijalankan pada 1987.

Selaku pemimpin paling tidak popular, Nelson menjadi pemimpin parti pertama yang mendapat peratus sokongan dalam satu angka.

Rudd mengatasi rekod sokongan 67 peratus yang pernah dicapai oleh Perdana Menteri sebelum beliau, John Howard dan sokongan 60 peratus untuk bekas Perdana Menteri daripada Parti Buruh, Bob Hawke.

Rudd mendapat pujian minggu lepas kerana tindakan bersejarahnya memohon maaf atas kezaliman turun-temurun yang dilakukan terhadap kaum asli Australia, terutamanya kanak-kanak “generasi dicuri” yang dirampas daripada keluarga mereka pada 1910-70.

Tinjauan itu mendapati 69 peratus rakyat menyokong permohonan maaf itu sekalipun hanya 30 peratus responden menyokong ganti rugi kewangan kepada kaum asli.

– AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.